Mencium Suami

 

Apabila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami itu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun dapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila meraka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah dibiasakan dicium oleh isterinya mereka tidak kira bila-bila masa pun... mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Cium Isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.


Isteri juga pasti gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, boleh menjadi bahagia. Gelap kesedihan  boleh menjadi cerah dengan keriangan. Tauladan ini menjadi amalan harian Nabi Muhammad SAW dikala bersama isteri.

Amalan Nabi Muhammad SAW itu tidak pernah diabaikan, malah dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha meriwayatkan hadis :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya : "Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan ramadhan, ketika itu Baginda sedang berpuasa" Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi Muhammad SAW tetap juga memberikan kasih sayang Baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Khasiat Kopi

Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepad tubuh badan manusia. Dan ramai lagi masyarakat kita yang masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.


Kopi mula ditemui oleh pengembala kambing di Afrika apabila mereka melihat kambing mereka lebih energetik apabila memekan biji kopi. Kapi juga digunakan oleh kaum ini sebagai ramuan di dalam masakan.


Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang rom dan yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafiennya, kopi mempunyai kesan ransangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Amaricano, Cuppucino dan Espresso.

PadaMu Aku Bersujud

"Ya Allah...Terimalah amalan kami,
Perkenankanlah Doa2 kami,
Bukakanlah pintu kebaikan untuk kami,
Seperti mana Engkau berikan
kepada para anbiya' & Auliya'Mu
dan Hamba-hambaMu yang soleh"
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu
Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah...

Kau tempat ku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikanlah aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat kau limpahkan KaruniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

PadaMu

Adab Penggunaan Kalimah InsyaAllah

Apakah makna dan fungsi sebenar kalimat InsyaAllah dalam Islam? Sebab sering kali kita menjumpai beberapa orang menggunakan kalimat ini sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji. Sehingga setiap kali mendengar seseorang berjanji sambil mengucap InsyaAllah, kita merasa tidak pasti janji itu akan ditepati.


 
Ucapan InsyaAllah sama sekali bukan alat untuk melepaskan tanggungjawab atau alasan untuk tidak menepati janji. Sebagai seorang Muslim, janji adalah hutang yang mesti kita tunaikan. Ucapan ini juga bukan kalimat alternatif untuk menolak secara halus permintaan pihak yang ingin kita jaga hatinya.

Teh Ais

 
Bagi sesetengah orang, minum teh ais adalah pilihan untuk menemani saat bersantai atau saat makan. Tapi ternyata, ada risiko berat dan dasyat dari kebiasaan meminum teh ais. Kajian yang dilakukan penyelidik dari loyola University Medical Center, Amarika, menemukan bahawa orang yang suka minum teh ais berrsiko besar terkena penyakit batu karang.

Keikhlasan

Sifat ikhlas dalam diri insan bioleh diumpamakan seperti akar tunjang bagi sebatang pokok. walaupun tersembunyi di dalam tanah dan tidak dapat dilihat oleh pandangan mata, namun ia menjadi penguat dan penyokong pokok itu untuk tumbuh tegak dan teguh walaupun dilanda angin kencang mahupun ribut yang melanda. Keteguhan peribadi seperti ini akan melahirkan seorang mukmin yang mampu bertahan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.


Kehadiran sifat ikhlas dalam diri individu memberikan pengaruh yang sungguh besar terutama ke arah pembentukan peribadi yang syumul dan berkualiti sejajar dengan syariat. Antaranya :

Menantu

 
Satu hari sedang menantu lelaki menonton TV, bapa mertua melintas didepan. Tiba-tiba mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isteri dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tidak bergerak, senyap sahaja. Bertambah lagi kerisauan semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua yang berada di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata; "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu)." Kuat juga dia sebut hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata; "Bila masa ko jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."

Sumber : gelihati.blogspot

Penjawat Awam Sedia Kerja Lebih Waktu

Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70% daripada 6 cadangannya dilulus kerajaan dalam belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.

"CUEPACS akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya kerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik  lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi CUEPACS ke -9, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; perjek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan;kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus 2 bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Betrsama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

Height of Confidence


Once many Profesors were called and asked to sit in an airplane. After they sat, they were informed that the plane is made by their students. All of them ran and got out of plane except one. People asked him the reason. He said, if it's made by my students it will not even start.

Alasan Mengapa Lelaki suka Berbohong

Suatu hari, ketika sedang menebang pokok, seorang penebang kayu kehilangan kapaknya kerana terjatuh ke dalam sungai. Lalu dia menangis dan berdoa. sehingga pari-pari muncul.  "Mengapa kamu managis?" tanya si pari-pari.


Si penebang pokok sambil teresak menceritakan bahawa kapak sebagai sumber pendapatannya telah jatuh ke dalam sungai.

Majlis Sambutan Eidulfitri 1433 Hijrah


Selesai sudah Majlis Sambutan Eidulfitri 1433H yang diadakan di Perkarangan Dewan Besar UTeM. Program ini merupakan acara tahunan UTeM dimana semua PTj terlibat.

Setiap PTj akan diberikan 1 Khemah dan terpulang kepada PTj tersebut untuk menghias khemah tersebut. Selain itu, pertandingan Khemah tercantik juga diadakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan Majlis tersebut.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah menggunakan khidmat rasedycanopy bagi pemasangan langsir hijau yang merupakan identiti fakulti. Hiasan-hiasan lain juga ditambah bagi  menyerikan lagi Khemah lain seperti belon, lampu liplap, bungan-bungaan dan lain-lain. Kerja hiasan ini dijalankan secara kerjasama dikalangan staf FKM seperti pensyarah, juruteknik mahupun staf pentadbiran.

Bonus dalam budget 2013?

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di dalam Perkhimatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Baget 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Preseden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus 2 bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

Cara Menangani Bebelan Isteri

Golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Bebelan golongan ini ternyata pedas.

Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadan dengan perkara yang dibebelkan itu. Namun begitu, ada satu cara yang bijak untuk menengani bebelan isteri tercinta.


Ikuti kisah di bawah sebagai pengajaran bagi suami.

Kebajikan Penjawat Awam disentuh dalam Bajet 2013

Artikel ini dipetik dari Blog CUEPACS yang bertarikh 29/8/2012.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman yakin isu kebajikan penjawat awam akan disentuh dalam pembantangan Bajet 2013, yang dijangka pada 28 September ini. Selaras dengan usaha menambah baik kualiti perkhidmatan melalui penyampaian berkesan.

Omar, yang juga anggita Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam (SKTPA), berkata CUEPACS juga mahu status pekerja kontrak turut mendapat perhatian kerajaan.

"Kebajikan sangat penting dalam mana-mana sektor, sama ada dalam kerajaan atau swasta dan kita mengharapkan satu pembentangan yang baik supaya tidak ada lagi penjawat awam yangbermasalah atau tidak sihat yang akan menyusahkan kawalan," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog di antara ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan Sarawak dengan SKMTPA, yang diketuai pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi.

Dengan adanya pelbagai insentif yang diberi kerajaan, seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) serta ekonomi yang sudah baik,beliau berkata isu yang dibangkitkan selama ini, termasuk kenaikan gaji selain penyelarasan bayaran insentif wilayah dan elaun perumahan perlu mendapat perhatian kerajaan di dalam belanjawan 2013 nanti.

Bagi meningkatkan lagio produktiviti dan pentadbiran efisien, elaun bantuan sar ahidup (COLA) juga perlu diberi kepada penjawat awam di Sarawak, yang berbeza dengan bayaran insentif wilayah, katanya.

Cium Anak Boleh Dapat Pahala

Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, dfarjatnya seimpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menengis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


Peluklah Setiap Hari


Berikan anak anda pelukan setiap hari. Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

Apabila dipeluk setiap hari terutamanya seorang ibu, anak tahu kita sayang dia. Dia akan tahu kita menjadi penyokong paling kuat. Anak akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosinya akan terbela.

Sumber : borakkosong.com

Kisah Si Penebang Pokok

Pada suatu masa dahulu terdapat seorang penebang pokok yang sangat kuat. Dia memohon suatu perkerjaan pada seorang saudagar balak, dan dia diterima bekerja. Dengan tawaran gaji yang baik si penebang pokok memutuskan untuk melakukan yang terbaik.

Saudagar Balak itu menyediakan satu kapak dan menunjukkan kawasan kerja kepada si penebang pokok itu.




Hari pertama, Si Penebang Pokok telah menebang sebanyak 18 batang pokok. Saudagar Balak amat berpuas hati dan berkata, " Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu, Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini.Saya amatbertuah mendapat pekerja seperti kamu.Teruskan bekerja seperti itu."

Jemputan Open House & Majlis Kesyukuran

Tuan/Puan yang mempunyai kelapangan masa adalah dijemput hadir ke Majlis Kesyukuran dan Rumah terbuka sempena Hari Raya oleh Dr Yusmady pada ketetapan berikut :

Tarikh   :   9 September 2012
Masa     :   1.30 petang - 6.30 petang (dimulakan dengan solat Zuhur dan bacaan doa Selamat)
Tempat :   No. 1, Jalan Saujana Permai 8, Taman Saujana Permai, 75450 Bukit Katil, Melaka ( Taman  Saujana Permai adalah berdekatan dengan RKSK)