Kanak-Kanak Belum Baligh : Part 2


Sape kate budak kecik dah sunat mahupun belum tak boleh satu saf dengan lelaki dewasa?
Sape Kate?

Seriusly aku nk hempuk je kepala sesape yg cakap tak boleh. Alasan najis la, putus saf la dan sebagainya.

Nah baca benda yg aku
Copy N Paste

Beberapa lama telah berlalu, sayangnya saya melihat corak pemikiran orang-orang Islam di negara ini masih sama. Suka bertaklid buta tanpa usul periksa. Mereka menghukum tanpa ilmu. Hasilnya, beberapa kali anak saya yang sudah mumaiyiz dan berkhatan dihalang dari solat di saff dewasa, di suruh ke saff belakang. Anak saya memprotes, wajahnya mencuka. 

Kanak-Kanak Belum baligh : Part 1

Seperti biasa setelah selesai aktiviti riadah yang diadakan pada setiap malam isnin,, admin bersama rakan-rakan akan singgah minum dan bersembang kosong di warong yang berhampiran.

Namun, salah seorang dari kami menceritakan pengalaman berkhatan anak lelaki beliau dan timbullah persoalan adakah sah solat sekirannya terdapat kanak-kanak yang belum baligh (belum bersunat) di dalam saf?

So masing-masing mengeluarkan hujah, diakhirnya kami sepakat untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara yang kami bincangkan.

Disini dikongsikan maklumat berkaitan yang dihantar oleh seorang daripada kami untuk dikongsikan bersama.

Muflis di Akhirat

Ramai orang takutkan muflis di dunia, oleh sebab itu ramai yang berhati-hati menguruskan kewangan peribadi agar tidak dikenakan tindakan yang boleh membawa kepada dijatuhkan status muflis oleh mahkamah. Apabila jatuh muflis di dunia, kesengsaraan amat dirasakan oleh mereka yang jatuh muflis. Segala harta-benda di dunia diletakkan di bawah jagaan Jabatan Insolvensi. Penjualan dan pindahmilik harta benda milik simuflis tidak boleh dibuat sehingga hutang-piutang dilangsaikan iaitu baki jualan hanya boleh diperolehi selepas semua hutang dengan pihak yang menuntut dibayar sepenuhnya oleh Jabatan Insolvensi. Si muflis juga tidak boleh keluar negara kecuali dengan kebenaran Jabatan Insolvensi. Semua permohonan pinjaman dengan institusi kewangan disekat melalui pengurusan berpusat Bank Negara Malaysia.



Namun begitu, tidak ramai yang takut muflis di akhirat kerana kesengsaraan sebagaimana muflis di dunia tidak dirasakan kecuali selepas mati. Sementara hanya segelintir umat manusia yang mengingati mati dalam bentuk yang sebenarnya iaitu dalam bentuk yang memberi amaran dan peringatan tentang persediaan yang telah dibuat, yang lain sekadar mengingati mati tapi tidak mengaitkan dengan persediaan yang perlu dibuat untuk menampung segala keperluan di sana. Bila seseorang mati mereka hanya ingat kesedihan keluarga simati yang ditinggalkan serta perasaan kehilangan sanak saudara,sahabat handai rakan dan taulan, itu sahaja. Apabila berada dalam keriangan nikmat dunia, manusia akan lupa kembali soal mati dan menjadi alpa dalam hal kehidupan selepas mati.
 

PadaMu Aku Bersujud

"Ya Allah...Terimalah amalan kami,
Perkenankanlah Doa2 kami,
Bukakanlah pintu kebaikan untuk kami,
Seperti mana Engkau berikan
kepada para anbiya' & Auliya'Mu
dan Hamba-hambaMu yang soleh"
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu
Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah...

Kau tempat ku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikanlah aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaqwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat kau limpahkan KaruniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

PadaMu

Adab Penggunaan Kalimah InsyaAllah

Apakah makna dan fungsi sebenar kalimat InsyaAllah dalam Islam? Sebab sering kali kita menjumpai beberapa orang menggunakan kalimat ini sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji. Sehingga setiap kali mendengar seseorang berjanji sambil mengucap InsyaAllah, kita merasa tidak pasti janji itu akan ditepati.


 
Ucapan InsyaAllah sama sekali bukan alat untuk melepaskan tanggungjawab atau alasan untuk tidak menepati janji. Sebagai seorang Muslim, janji adalah hutang yang mesti kita tunaikan. Ucapan ini juga bukan kalimat alternatif untuk menolak secara halus permintaan pihak yang ingin kita jaga hatinya.

Ahli Fizik Masuk Islam Kaji Matahari Terbit Dari Barat

Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saiantis muda yang tekun dalam kajian fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang yang aktif di pusat tersebut.

Pusat Islam Kyiv

Selepas imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz sahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan peristiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukkannya ke dalam Islam ialah hasil kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya masuk Islam.

Adab-Adab Hari Raya

1.   Mandi (الاغتسال): Ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata : "3 perkara yang menjadi sunnah pada hari raya : berjalan kaki (ke tempat Solat), mandi dan mekan sebelum keluar (hari raya Aidilfitri).

2.   Makan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke rempat solat peda hari raya Aidilfitri sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata : "Rasulullah SAW tidak akan keluar pada pagi hari raya Aidilfitri sehinggalah dia memakan beberapa tamar dan Beliau akan makan bilangan ganjil."

Beberapa kesalahan Berhari Raya


Sabda nabi Muhammad SAW kepada Abu Bakar ra : "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita". (HR Bukhari dan Muslim).

Sebagai persiapan untuk menyambut hari raya kita seharusnya menjaga adab-adab yang menepati sunnah Nabi Muhammad SAW agar kita semua bukan sahaja dapat bergembira malah dapat beramal soleh dan mandapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Namun kadang kala kita alpa tentang adab dan sunnah yang menyebabkan kita sering melakukan kesalahan dan dosa sewaktu meraikan Aidilfitri. 

Nuzul Al-Qur'an



"Bacalah" merupakan perintah pertama yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Membaca adalah sumber ilmu. Ilmu adalah alat dalam penerimaan ibadat. Syariat yang disampaikan oleh Allah SWT adalah satu ilmu. Dan untuk melaksanakan syariat kita mestilah berilmu. Begitulah kepentingan ilmu kepada manusia.


Peristiwa Nuzul Al-Qur'an merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Qur'an yang terdapat peda hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Qur'an berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, Tahun ke -41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

"Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Qur'an adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada Umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Qur'an.

"Al-Qur'an" bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tajwid, Ibadat, Jinayat, Muamalat, Sains, Teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Qur'an, sering dicantumkan dengan rangkai kata "Al-Qur'an mukjizat akhir zaman" atau "Al-Qur'an yang mempunyai mukjizat". Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Qur'an tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Qur'an, dengan lain perkataan segalanya terdapat dalam Al-Qur'an.

 Firman Allah :



"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekorpun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatupun di dalam kitab Al-Qur'an ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38)"


Al-Qur'an adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi menusia. Segala isi kandungan Al-Qur'an itu benar. Al-Qur'an juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi. Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara hak dan batil. Dan Al-Zikr bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Qur'an yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq.





Malam Lailatul Qadar


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!."


Rasululullah SAW bersabda : " Temuilah malam Lailatul Qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan ramadan."


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal ramadan jatuh pada hari :
    1.   Ahad atau Rabu - malam Lailatul Qadar
          dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan

     2.   Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka
           berlaku pada malam 21 Ramadan.

     3.   Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar
          dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.

     4.   Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka
           berlaku pada malam 25 Ramadan.

     5.   Sabtu - malam Lailatul Qadar dijangka
           berlaku pada malam 23 Ramadan.

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam-malam ini sahaja. Carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.


Tanda malam Lailatul Qadar ialah :

     I.   Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.

     II.  Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.

     III. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu,
           dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak
           secara tiba-tiba.

Marilah  kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan. Mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun.

Sumber : myibrah.com

Day Napping

Tidur seketika pada siang hari atau qailulah atau day napping adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.

Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika pada siang hari supaya pada malam harinya boleh bangun mendirikan solat tahajud. Oleh itu, tidur siang su dah menjadi kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu.

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari.

Waktu tidur siang adalah selepas solat Zohor hingga Asar selama beberapa minit iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika bertujuan untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah.

Jika tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?

Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu ketika kebanyakan orang tidur siang.

Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.”

Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan.

Sahabat Rasulullah SAW menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah.

Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas tetapi pencetus semangat supaya memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa.

Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.

Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.

Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain.Juga berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti.


Para saintis yang giat mengkaji mengenai tidu rini merumuskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 8 manfaat

  • Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar
  • Meningkatkan kecekapan dab produktiviti
  • Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan ingatan
  • Baik untuk jantung dan kesihatan
  • Meningkatkan fungsi Kognitif
  • Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman
  • Manjadikan minda lebih kreatif
  • Mengelakkan dari pada mengantuk ketika bekerja atau belajar

Hebatnya Solat


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam fotografi, betul tak?

Subuh

Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrumwarna biru muda yang bersamaan dengan frekunsi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/ rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh atau terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)- dalam erti kata lain jaga dari tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermula azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melali konsep resonan pada waktu rukuk dan waktu sujud.

Jadi mereka yang terlewat subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan mesuknya waktu zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekunsi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zohornya berulang-ulang kali akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut pastinya tidak cera, kan...

Asar

Kemudian warna alam akan bertukar kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekunsi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren adalah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativiti dan yang lebih malang lagi kalau di waktu asar ini jasad dan roh seseoranmg itu terpisah (tidur).

Tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Maghrib

Menjelang waktu maghrib, alam akan berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu  ini menghampiri frekunsi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekunsi otot, saraf dan tulang.

Isyak

Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekunsinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan isyak akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam kembali bersinar dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekunsi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkasnya perkaitan waktu solat dengan warna alam.

manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya pelbagai kaedah meditasi yang dicipta. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga lam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan PenyayangNya sebagai pencipta kerana Dia Maha Menetahui.

Amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Wallahualam.

Hikmah Berwuduk

Islam mengajar umat supaya menjaga kebersihan terutama apabila ingin melalukan sesuatu ibadat. Antaranya ialah berwuduk bagi tujuan membaca Al-qur'an atau memunaikan solat.

Tahukah anda, setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera semua tanpa dikecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh.

Pakar urat saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Jumlah Titik Akunpuntur pada anggota wuduk (rukun dan Sunat) dimana terdapat 493 titik penerimaan ransangan pada anggota wuduk.

Muka = 84
Tangan = 95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125

Jumlah keseluruhan = 493

Pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupuntur yang mana titik-titik tersebut apabila diransang secar istimewa ianya dapat mengubati migran, sakit gigi, tangan lengan merah, bengkak dan jari kaku.

Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Hikmah Berwuduk dari sudut sains



Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk " Muslims Rituals and Their Effect on The Person's Health" Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots.

Mengikut ilmu perubatan cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 kawasan aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang islam.

Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedow menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ai akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, penkreas, hempedu, tiroid (Thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Disamping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk "Prayers:A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripadamendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang, kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

Benarlah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

Dipetik dari : Layar minda.

توجوان دشريعتکن برڤواسا

وهاي اورڠ يڠ برايمان ، تله دواجبکن کأتس کامو برڤواسا سباݢايمان يڠ تله دواجبکن کأتس اورڠ٢ يڠ تردهولو درڤد کامو ، مودە-مودهن کامو منجادي اورڠ يڠ برتقو


برداسرکن اية دأتس، توجوان برڤواسا اياله :
- مݢيکوتي شريعة برڤواسا سڤرتي اومت تردهولو.
- منمبه کتقوأن کڤد الله سباݢايمان فرمانڽ

توجوان دان متلامت برڤواسا
 منجادي وسيلة ( هوبوڠن روحاني ) انتارا سأورڠ همبا دڠن توهنڽ -
- داڤت مڠنداليکن هاوا نفسو دري کأيڠينن يڠ تياد باتس دان مڽالورکنڽ ڤد جالن يڠ درضأي الله
- برڤواسا داڤت مڠينصافي ديري بهاوا کيت اداله همبا الله يڠ لمه
- بوليه منديديق جيوا اونتوق منطاعتي سݢالا سوروهن الله دان رسولڽ
- داڤت ملاتيه ديري برصفة صبر ، تابه دالم مڠهادڤي ڤندريتاٴن، کسوسهن دان سݢالا چوباٴن دري الله.
- منداتڠکن ڤراساٴن کاسيه سايڠ دان تولوڠ منولوڠ سسام مأنسي تراوتام کڤد اورڠ يڠ ممرلوکن
- بوليه منداتڠکن کصيحتن دان ملاتيه ديري اونتوق لبيه برديسيڤلين

Tujuan disyariatkan berpuasa

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah (183) yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Berdasarkan ayat di atas, tujuan berpuasa ialah:
- Mengikuti syariat berpuasa seperti umat terdahulu
- Menambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T. sebagaimana firmanNya.

Tujuan dan Matlamat berpuasa

- Menjadi wasilah (hubungan rohani) antara seorang hamba dengan Tuhannya.
- Dapat mengendalikan hawa nafsu dari keinginan yang tiada terbalas dan menyalurkannya pada jalan yang diredhai Allah S.W.T.
- Berpuasa dapat menginsafi diri sendiri bahawa kita adalah hamba Allah S.W.T. yang lemah
- Boleh mendidik jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah S.W.T. dan RasulNya
- Dapat melatih diri bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah S.W.T.
- Mendatangkan perasaan kasih sayang dan tolong-menolong sesama manusia terutama kepada orang yang memerlukan
- Boleh mendatangkan kesihatan dan melatih diri untuk lebih berdisiplin.

Dipetik dari : Edisi Khas Ramadhan 1433H


Rahsia, Hikmah, Faedah dan ganjaran Berpuasa

Puasa ramadan adalah ibadah yang difardhukan Allah S.W.T. Maksud ibadah ialah seseorang muslim melaksanakannya sebagai memenuhi titah perintah Allah S.W.T. dan menunaikan hak perhambaan kepada Allah S.W.T. tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah puasa itu.

Setiap Hukum-hukum Allah S.W.T. semuanya mempunyai hikmah, rahsia dan faedah kepada hamba-hambaNya. Hikmah dan faedah ibadah puasa cukup banyak yang sebahagiannya diketahui oleh hambaNya, tetapi masih banyak hikmah yang masih belum diketahui. Diantara hikmat dan faedah puasa yang mungkin diketahui oleh seseorang islam ialah :
  • Menyedarkan hati seorang mukmin terhadap muraqabah Allah S.W.T. Ini disebabkan apabila orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian waktu siangnya dengan berlapar, jiwanya inginkan makanan dan minuman. Tetapi kesedarannya tentang ibadah puasa yang sedang dilakukannya menghalang dirinya memenuhi kehendak jiwanya dalam rangka mematuhi perintah Allah S.W.T. daripada pertentangan jiwa ini akan lahirlah kesedaran hati dan suburlah perasaan muraqabah Allah S.W.T. serta berterusanlah ingatannya terhadap rubuubiyah dan keagungan kekuasaan Allah S.W.T. Begitu juga dia akan sentiasa tunduk kepada hukum Allah S.W.T. dan mematuhi kehendakNya.

  • Ramadan adalah bulan suci jika dibandingkan dengan semua bulan yang lain. Allah S.W.T. menghendaki hambanya supaya memenuhkannya dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya. Juga mengisinya dengan setinggi-tinggi makna perhambaan kepada Allah S.W.T. Alangkah sukarnya untuk merealisasikan perkara itu apabila berhadapan dengan hidangan makanan, berada di majlis minum, selepas perut diisi penuh dan setelah naiknya hawa makanan ke dalam pemikiran otak. Jadi pengsyariatan puasa pada bulan ini adalah jalan yang paling mudah untuk memenuhi hak Allah S.W.T. dan melaksanakan kewajipan perhambaan kepadaNya.

  • Sesungguhnyab kehidupan seseorang muslim yang sentiasa berada dalam keadaan kenyang pasti akan memenuhkan jiwanya dengan sifat-sifat keras dan menyuburkan faktor-faktor pelampauan. Kedua-dua perkara ini bertentangan dengan keadaan sebenar seseorang muslim. Jadi pengsyariatan puasa akan membersihkan jiwanya dan menghaluskan perasaannya.

  • Di antara prinsip terpenting tertegaknya masyarakat islam ialah saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama umat islam. Amat sukar bagi si kaya untuk mengasihi si miskin dengan kasih sayang sebenar tanpa merasai kesakitan, kepayahan, kepahitan, kelaparan dan penderitaan kemiskinan. Bulan ramadan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si kaya mengenai perasaan si fakir. Ini menjadikan hidup bersama si fakir di alam kepedihan dan dihalang daripada memiliki makanan. Dari sini puasa adalah sebaik-baik perkara yang akan menimbulkan faktor-faktor kasih sayang, rahmat dan kasihan di dalam jiwa si kaya. 

Berikut adalah ganjaran berpuasa berdasarkan beberapa hadis :

 

Dipetik dari : Edisi Khas Ramadhan 1433H    

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1433H


Alhamdulillah Bulan Ramadhan akan menjelma untuk kita merebut peluang bagi menambah amalan yang akan digandakan Allah S.W.T.

Dilampirkan Jadual Waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1433H yang dikeluarkan oleh Jakim. Namun tarikh permulaan puasa tertakluk kepada pengumuman Penyimpan Besar Raja-raja pada malam Khamis (19 Julai 2012).


Ramadhan

Tinggal Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. petikan akhbar Utusan Online menyatakan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan ialah pada petang Khamis (19 Julai 2012). Majlis raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Pengisytiharan permulaan puasa akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut.

Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini bersama-samalah kita bermaafan dan ambillah kesempatan ini untuk beramal kerana pada bulan ini setiap kebaikan akan digandakan Allah S.W.T.

Solat Terawih (juga disebut Qiyamu Ramadan) adalah amalan yang sangat dituntut di Bulan Ramadhan bagi Lelaki mahupun perempuan yang beragama islam. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat terawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati.

Abu Hurairah berkata : "Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan solat terawikh sekalipun beliau tidak mewajibkannya." Rasulullah S.A.W bersabda " Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau."

Aisyah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W. mengerjakan solat terawih di masjid. kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutinya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakan lagi di masjid, sahabat-sahabat datang pun semakin ramai. Pada malam ke-3 sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah S.A.w. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka : "Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu." Dan peristiwa itu terjadi dalam bulan ramadhan.

Gambaran Hari Kiamat

Artikel dari : Mohd zakaria bin Mohammad Nasir



  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

  • Selepas semua makhluk mati, Tujan berfirman mafhumnya " Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini:' Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya. "Kepnyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & KeagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal hidup (tidak Mati).

  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih berupa Padang Mashar (umpama Padang Arafah) yang rata (tidak berbukit atau bulat seperti bumi).

  • Sekelian manusia hidup melalui benih Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hin. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

  • Lalu datanglah api yang beterbangan dengan bunyi separti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak  amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri kerana setiap manuasia sibuk memikirkan nasib mereka.

  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dasyat.

  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dasyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda (sehingga dirasakan seolah-olah matahari berada sejengkal di atas kepala). Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik  di hari kiamat, nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau akan hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung kepada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

  •  Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat dimunum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya mereka tidak akan haus selama-lamanya. kolam ini berbentuk segi empat tepat (sebesar satu bulan perjalanan). Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

  •  Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
                   -   Pemimpin yang adil
                   -   Orang muda yang taat kepada  perintah Allah
                   -   Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
                   -   Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
                   -   Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetepi menolak dengan berkata " Aku takut kepada Allah"
                   -   Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai)
                   -   Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di Padang Masyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa-apa melaiknkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "Pergilah berjumpa dengan para nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertam sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan kepada Allah S.W.T. Maka kumpulan besar itu kemudian berjumpa Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam A.S.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah S.A.W. Jarak masa antara satu nabi dengan nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

  • Lalu berdoalah Baginda Nabi Muhammad S.A.W. kehadrat Allah S.W.T. lalu diperkenankan doa baginda.

  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelahlah Langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (Besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) saambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.

  • Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (Bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa di pikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ianya dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak dihadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz Kursi ini lebih kecil dari Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasda mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.

  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu beterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazah/ raqib & 'Atid/ Kiraman Katibin.

  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah

  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin

  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa

  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab

  • Perkara pertama yang diminta ialah iman dan Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang

  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat

  • Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di Akhirat :
    • Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mashar dengan mempercepatkan hisab.
    • Memasukkan manusia ke dalam Syurga tanpa hisab.
    • Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari Neraka
(Semua Syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah S.W.T.)


  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam Neraka.


  • Setelah berjaya dihisab, Manusia akan mula berjalan menuju Syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustakim ialah jambatan (titian) yang terbentang di bawahnya Neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah 7 dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang muknin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Rujukan : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Sumber : Amar Sufi

Subhanallah. Semoga kita diberi keammpunan dan rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga kita terus diberi hidayah dan redhaNya serta menjalani hidup dengan penuh keimanan dan kebaikan. Menambahrasa cinta kepada Allah dan Rasul S.A.W. Amin

Beza Solat dan Sembahyang

Hampir kebanyakan umat islam hari ini terlepas daripada menggunakan  istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat". Tetapi pada hakikatnya istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur syirik.

Profesor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang". Katanya Sembahyang itu diambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa-dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai " menyembah berhala yang bernama Hyang".

Dua pakar Bahasa Indonesia, iaitu Dr Daniel (pernah mengajar di UKM) juga telah mengesahkan bahawa istilah " Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang". Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang", terserahlah kepada mereka kerana memang terdapat unsur syirik dalam ibadah mereka.

Tetapi umat Islam, tidak sesuai sekiranya "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang" yang  mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang".

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "Nak, bangun! pergi "Sembahyang Subuh" kepada "nak, bangun! pergi Solat Subuh"

Solat lebih tepat istilahnya. Mungkin sebahagian daripada kita akan menganggap bahawa hal ini adalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Sumber : v12gether.blogspot.com