Apakah makna dan fungsi sebenar kalimat InsyaAllah dalam Islam? Sebab sering kali kita menjumpai beberapa orang menggunakan kalimat ini sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji. Sehingga setiap kali mendengar seseorang berjanji sambil mengucap InsyaAllah, kita merasa tidak pasti janji itu akan ditepati.


 
Ucapan InsyaAllah sama sekali bukan alat untuk melepaskan tanggungjawab atau alasan untuk tidak menepati janji. Sebagai seorang Muslim, janji adalah hutang yang mesti kita tunaikan. Ucapan ini juga bukan kalimat alternatif untuk menolak secara halus permintaan pihak yang ingin kita jaga hatinya.


Sebaliknya, InsyaAllah lebih sesuai difahami sebagai kata-kata jaminan bahawa janji yang telah terucap akan dilaksana dengan baik. Sesiapa yang berjanji dengan niat yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya, sambil menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT, bantuan daripada Allah SWT akan datang untuk mewujudkan janji tersebut.

Sejarah Penggunaan Kalimat InsyaAllah.

Jika diamati ayat-ayat Al-qur'an, ternyata kalimat InsyaAllah telah digunakan oleh Nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW. Apabila Nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah untuk menyembelih Nabi Ismail:


Begitu juga ucapan Nabi Musa apabila Beliau berjanji kepada Nabi Khaidir untuk patuh kepada semua arahannya sepanjang perjalanan menuntut ilmu.


Kalimat ini kemudiannya diwariskan kepada Nabi Muhammad SAW. Allah memerintahkan baginda untuk selalu mengucapkan InsyaAllah setiap kali berjanji akan melakukan sesuatu di masa hadapan.

Allah berfirman:

 
Menurut Ibnu Jarir Al-Tabari, ayat ini berisi pengajaran adab untuk Nabi Muhammad SAW. Beliau dilarang untuk memastikan apa yang akan terjadi di masa hadapan melainkan dengan menyandarkannya kepada kehendak Allah. Sebab segala sesuatu hanya boleh berlaku apabila dikehendaki oleh Allah SWT.
 
Pengajaran ini tentu sahaja bukan khas untuk Baginda seorang. Akan tetapi, adab ini juga berlaku untuk seluruh umat Baginda hingga akhir zaman. Seseorang mukmin yang menyedari hakikat dirinya sebagai hamba yang lemah tidak pernah berjanji melainkan dengan menyebut InsyaAllah.
 

dipetik dari : myibrah.com