Bagi sesetengah orang, minum teh ais adalah pilihan untuk menemani saat bersantai atau saat makan. Tapi ternyata, ada risiko berat dan dasyat dari kebiasaan meminum teh ais. Kajian yang dilakukan penyelidik dari loyola University Medical Center, Amarika, menemukan bahawa orang yang suka minum teh ais berrsiko besar terkena penyakit batu karang.


Pasukan penyelidik menjelaskan bahawa minuman popular saat musim panas di Amarika itu umumnya mengandungi kadar Oxalate yang tinggi. Oxalate adalah zat kimia yang boleh menyebabkan terbentuknya kristal-kristal kecil yang terhasil dari mineral dan garam yang terkandung dalam urine. Meskipun kristal-kristal itu tidak berbahaya, penyelidik memperingatkan, kristal itu boleh membesar dan bersarang di saluran yang mengalirkan urine dari ginjal ke kantung kencing.

"bagi mereka yang berkemungkinan terkena musibah penyakit batu karang, teh ais adalah salah satu minuman yang perlu dielakkan." kata John Milner dari Jabatan Urologi Loyola University.

"Seperti kebanyakan orang, saya menikmati teh ais di musim panas, tetapi saya tidak meminumnya secara berlebihan," katanya lagi. Seharusnya, di antara gaya hidup yang sihat adalah meminum teh ais secara sederhana.

Kaum lelaki berisiko untuk menghadapi batu karang sebanyak empat kali ganda berbanding perempuan. Risiko tersebut meningkat secara signifikan untuk lelaki yang berusia 40 tahun dan ke atas. Para penyelidik juga menyatakan bahawa perempuan menoupause dengan kadar estrogen rendah juga berada pada risiko yang tinggi.

Penyelidik menyarankan lemon adalah pilihan yang baik, selain mengandungi sitrat yang tinggi lemon juga boleh me"nyah" pertumbuhan batu karang. Saranan lain yang diberikan bagi menghindari batu karang adalah menghindari makanan yang mengandungi kadar Oxelate yang tinggi seperti bayam, cokl;at, kacang, mengurangi zat garam, mengkomkonsumsi lebih sedikit daging, serta cukup zat kalsium yang mampu mengurangi penyerapan oxalate dalam tubuh.

cikgubadarudin.com