Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di dalam Perkhimatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Baget 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Preseden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus 2 bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.


"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat 2 bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialah bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Mahathir ZMohamad menjadi Perdana Menteri."
katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini (Ahad).

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memendangkan tranformasi yang dilakukan dijabatan adn agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi mana baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.

Sumber : cuepacs.blogspot