Sifat ikhlas dalam diri insan bioleh diumpamakan seperti akar tunjang bagi sebatang pokok. walaupun tersembunyi di dalam tanah dan tidak dapat dilihat oleh pandangan mata, namun ia menjadi penguat dan penyokong pokok itu untuk tumbuh tegak dan teguh walaupun dilanda angin kencang mahupun ribut yang melanda. Keteguhan peribadi seperti ini akan melahirkan seorang mukmin yang mampu bertahan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.


Kehadiran sifat ikhlas dalam diri individu memberikan pengaruh yang sungguh besar terutama ke arah pembentukan peribadi yang syumul dan berkualiti sejajar dengan syariat. Antaranya :


Menjauhkan sifat berpura-pura

Sememangnya menjadi lumrah manusia jika melakukan kebaikan, mereka inginkan pujian, dipandang hebat oleh manusia, mendapat ganjaran keduniaan seperti pangkat, darjat mahupun harta benda.

Diri akan berasa bangga dan puas jika mendapat ganjaran keduniaan yang diimpikan. Alangkah ruginya golongan yang hanya mendapat kelebihan dunia, di sisi manusia. Namun di sisi Allah SWT semuanya kosong dan tidak bermakna.

Setiap amalan yang dilaksanakan, jika tiada keikhlasan hanyalah suatu yang hipokrit dan berpura-pura. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan perkara yang dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka." (Riwayat Baihaqi)

Membunuh Sifat Riya'

Sifat riya' boleh memusnahkan pahala amalan yang dilakukan. Sekiranya melaksanakan sesuatu perkara di hadapan orang lain, perkara tersebut dilakukan dengan sebaik mungkin supaya nampak cantik pada pandangan manusia. Namun, bila bersendirian dan tidak diketahui oleh orang lain, perbuatannya hanya sekadar "melepaskan batuk ditangga" (tidak bersungguh-sungguh dan tidak sempurna). Sifat suka menunjuk-nunjuk ini dapat dihapuskan sekiranya disertai dengan keikhlasan niat keran Allah SWT.

Membentuk Jiwa Yang Kental

Seorang yang ikhlas terselit dalam  setiap amalannya  niat melakukan kerja kerana Allah SWT. Dalam setiap detik kehidupan pula tidak semua perkara yang dilaksanakan  meraih kesempurnaan. Ada cacat cela dan kekurangan yang boleh menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati dikalangan pelakunya.

Justeru, dengan keikhlasan akan terbentuk jiwa yang kental, tidak mudah mengalah dengan ujian dankepayahan. Sekiranya kecewa pada sesuatu masa, jiwa yang ikhlas akan segera terubat kerana yakin setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. secara tidak langsung, indivudu yang ikhlas akan kembali bangkit untuk melaksanakan yang terbaik kerana Allah SWT tanpa terus menerus terkurung dengan kekecewaan yang telah berlaku.

Memupuk Sifat Redha dan Tenang

Dunia adalah pentas ujian. Allah berfirman :


Bagi insan yang ikhlas menjalani kehidupannya, sudah pasti mereka akan sentiasa tenag walaupun terpaksa melalui kepayahan dan dugaan yang hebat. Mereka akan tetap meneruskan kehidupan dengan hati yang lapang dan redha dengan ketentuanNya disamping sentiasa berusaha melakukan yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Keikhlasan adalah satu sifat mahmudah yang patut disemai dalam setiap sanubari insan yang mengaku beriman. Sememangnya bukan mudah untuk menjadi seorang yang bener-benar ikhlas dalam kehidupannya kerana ia berkait rapat dengan persoalan hati manusia yang sentiasa berbolak balik dan tidak nampak tandanya dengan jelas. Apa yang boleh dilakukan, berusaha dengan sebaik mungkin dalam melaksanakan amalan di dunia dan duiniatkan segala-galanya kerana Allah SWT.

Hanya Allah SWT yang selayaknya memberikan ganjaran yang benar-benar setimpal atas apa yang diusahakan. Bagi sesiapa yang telah beramal dengan penuh keikhlasan, tiba-tiba dipuja dan dipuji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, sedangkan itu semua tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan keikhlasan kepada Allah SWT, mereka itulah yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud. "Rasulullah SAW telah ditanya berkenaan seseorang yang telahj berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?" Jawab baginda; "itulah khabar gembira yang didahulukan buat para Mukmin." (riwayat Muslim).

melayukini.net