Satu hari sedang menantu lelaki menonton TV, bapa mertua melintas didepan. Tiba-tiba mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isteri dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tidak bergerak, senyap sahaja. Bertambah lagi kerisauan semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua yang berada di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata; "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu)." Kuat juga dia sebut hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata; "Bila masa ko jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."

Sumber : gelihati.blogspot