Pada suatu masa dahulu terdapat seorang penebang pokok yang sangat kuat. Dia memohon suatu perkerjaan pada seorang saudagar balak, dan dia diterima bekerja. Dengan tawaran gaji yang baik si penebang pokok memutuskan untuk melakukan yang terbaik.
Saudagar Balak itu menyediakan satu kapak dan menunjukkan kawasan kerja kepada si penebang pokok itu.
Hari pertama, Si Penebang Pokok telah menebang sebanyak 18 batang pokok. Saudagar Balak amat berpuas hati dan berkata, " Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu, Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini.Saya amatbertuah mendapat pekerja seperti kamu.Teruskan bekerja seperti itu."
Sangat bermotivasi dengan pujian majikannya, keesokkan harinya Si Penebang Pokok berusaha dengan lebih gigih, tetapi dia hanya boleh menebang sebanyak 15 batang pokok. Hari ketiga dia bekerja melah lebih keras, tetapi hanya berjaya menebang 10 batang pokok sahaja. Hari-hari berikutnya semakin kurang pokok yang berjaya ditebang oleh Si Penebang Pokok. " Saya mungkin kehilangan kekuatan saya," kata Si Penebang Pokok itu.
Kemudian dia pergi berjumpa Saudagar Balak dan memohon maaf, mengatakan bahawa dia tidak dapat mengerti apa yang telah terjadi.
"Bila kali terakhir kamu menajamkan (mengasah) kapak kamu?" tanya saudagar Balak.
"Tajamkan? Saya tiada masa untuk mengasah kapak. Saya sangat sibuk untuk menebang pokok." katanya.
Kesimpulan :
Kehidupan kita juga seperti itu. Sering sibuk sehinggakan tiada masa untuk menajamkan kapak. Sekarang, ramai orang lebih sibuk dari biasa, tetapi mereka tidak bahagia daripada sebelum ini. Mengapa...?
Tidak salah dengan usaha dan kerja keras. Tetapi begitu sibuk yang kita harus hadapi sehingga mengabaikan perkara-perkara yang sebenarnya amat penting dalam hidup, seperti kehidupan peribadi, meluangkan masa menbaca dan lain-lain.
Kita semua memerlukan masa untuk tenang, berfikir dan muhasabah, belajar dan berkembang. Jika kita tidak mempunyai masa untuk "menajamkan kapak", kita akan tumpul dan hilang keberkesanan. Jadi...mulakan dari sekarang, memikirkan cara-cara untuk bekerja dengan lebih berkesan dan menghargainya.

Label: Lain-Lain
Catat Ulasan