Walimatul Urus

Ya Allah ya Tuhan kami,
Kurniakan Rahmat kepada pasangan pengantin ini
agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga,
sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia
dengan mendapat zuriat yang soleh serta
mendapat syafaat daripada
junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~



Kain Songket Halus Tenunan,
Dibawa Orang Masuk Ke Kota,
Sudah Bertemu Dengan Pasangan,
Laksana Cincin dengan Permata.
 

Majlis Kenduri Kesyukuran


Dengan rendah diri dan penuh kesyukuran tuan/puan sekuluarga adalah dijemput ke Majlis kesyukuran Puan Siti Norbaya binti Sahadan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang - 7.00 malam
Tempat : No. 72 Jalan DI 4, Taman Desa Idaman, Durian tunggal, Melaka.


Semoga kehadiran dan doa restu tuan/puan akan menyerikan lagi majlis mereka dan diberkati Allah SWT.

Walimatul Urus

Kain Baldu kain Bertekat,
Dibawa Orang Dari Melaka,
Sudah Berpadu Kata sepakat,
Kalau Jodoh bertemu Jua,
 
Bunga Manggar di Kanan Kiri,
Bunga Rampai Dihiris-Hiris,
Pengantin Baru Raja Sehari,
Tambah Berseri Dengan Hiasan,

Dengan rasa kesyukuran Cik Siti Nor Habibah binti Hassan menjemput rakan-rakan dan keluarga ke Majlis Perkahwinan beliau yang akan berlangsung pada :

Jemputan Majlis Kesyukuran

"Aqiqah adalah tanda syukur kita kepada Allah SWT atas nikmat anak yang diberikan-Nya. Juga sebagai washilah (sarana) memohon kepada Allah SWT agar menjaga dan memelihara sang bayi."

Rasulullah SAW bersabda : "Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Ia disembelihkan (binatang) pada hari ke tujuh dari hari kelahirannya, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya." (Ashhabus Sunan).

Encik Muzaini bin Sahary (Pak Jen) dengan rendah diri menjemput tuan/puan ke Majlis Kesyukuran, Khatam Al-Quran dan Berkhatan yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh  :  1 Jun 2013 (Sabtu)
Masa    :  11.30 pagi (Majlis bermula)
               1.00 petang - 3.30 petang (Jamuan makan)
Tempat : DT2784, Jalan Angkasa Nuri, Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam, Melaka (Belakang Airport)


Semoga kehadiran tuan/puan sekeluarga akan memeriahkan majlis tersebut.


Jemputan Walimatul Urus

"Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta da kasih), maka allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka."
Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu said Al-Khudri.
 
Mawar merah harum mewangi,
Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringi,
baik berpakat suami isteri.
 

Jemputan Walimatul Urus

Ya Rahman Ya Rahim
Insafikan mereka berdua ini
Bahawa kejayaan perkahwinan mereka
Bukan bermula dengan kekayaan
Bukan bertapakkan kedudukan
Dan bukan bersemarak dengan pujian.
Insafi mereka Ya Allah sebagaimana
juga yang lain telah diinsafi,
Bahawa kebahagiaan perkahwinan mereka
bermula dengan tidak lupa kepadaMu
dengan sentiasa merindukan kehadiranMu
Dan dengan berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahMu
Kurniakan kepada mereka berdua
Sifat saling kukuh mengukuh sebagaimana berlakunya
Antara Rasulullah SAW dengan khadijah
Kerana sesungguhnya mereka berdua akan melalui jalan
yang tidak lekang dari diuji.
Amin.

Wang Poket

 
Wang poket merupakan wang perbelanjaan harian peribadi seseorang, ianya bergantung kepada individu untuk mengawal perbelanjaan tersebut. berikut adalah aplikasi andriod untuk merancang perbelanjaan harian anda.
 
Tapi bukan itu yang ingin diperkatakan disini.
 

Kuliah Maghrib

Alangkah indahnya jika satu keluarga pergi ke majlis ilmu, sedikit sebanyak ianya dapat meningkatkan moral anak-anak untuk menjadi pemuda pemudi yang berakhlak.
 
 
Sehubungan dengan itu, anda dan keluarga dijemput menghadiri Majlis Kuliah Maghrib pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 17 Mac 2013
Masa : Selepas Maghrib (anda juga digalakkan untuk berjamaah)
Tempat : Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport.
Penceramah : Ustaz Haryanto Rizal
 

Tazkirah Jumaat

Hadis Riwayat At Tabrani,

"Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu sahabat pun bertanya, apakah taman-taman syurga tersebut? Rasulullah SAW berkata, Majlis-majlis ilmu"
 

Tuan/Puan yang mempunyai kelapangan masa dijemput untuk mengahdiri Tazkirah Jumaat pada ketetapan di atas.

Namun disebabkan sedikit masalah teknikal lokasi tazkirah ini telah bertukar ke Bilik Kuliah 5, Kampus Industri.

Dengan kehadiran tuan/puan akan diberkati disamping menambahkan ilmu di majlis ini.

Jemputan Walimatul Urus


"Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakan keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat."

Jemputan Majlis Makan Malam

 
Selaku penganjur Kejohanan Formula Varsity 2012, FKM dengan berbesar hati untuk menjemput Semua Jawatankuasa Induk dan Pelaksana FV2012 ke Majlis Makan Malam & Penghargaan serta penyerahan sijil kepada AJK pelajar pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Januari 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kafeteria Kampus Industri.

Pihak Penganjur amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke majlis tersebut bagi meraikan kejayaan penganjuran FV2012.

Dikesempatan ini juga, pihak penganjuran FV2012 merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan penglibatan semua dalam menjayakan penganjuran FV2012.

Jemputan Majlis Aqiqah

Tuan/Puan yang mempunyai kelapangan masa dijemput untuk meraikan Majlis kenduri aqiqah anak perempuan Dr Azman pada ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Disember 2012 (Ahad)
Masa : 4.00 petang
Tempat : No. 1jalan BKD 16, Taman Bukit Katil Damai 2, 75450 Bukit Katil, Melaka


Semoga kehadiran tuan dapat memeriahkan lagi majlis disamping mengembirakan tuan rumah.

Aqiqah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yangbaru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Perbezaan antara Aqiqah dan Qurban

Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan Qurban.

1.   Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada selepas selesai solat dan khutbah Aidiladha sehingga 13 Zulhijjah.

2.   Daging aqiqah boleh diberi kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

3.   Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.

4.   Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, manakala daging aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Azhar Idrus

Gambar Banner yang diGantung di Masjid Nurul Hidayah

Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus, Beliau merupakan seorang ustaz yang terkenal terutama dikalangan anak muda. Ustaz Azhar juga famous di you tube, Beliau sentiasa memberi ceramah atau kuliah mengenai permasalahan umat. 

Setiap kali ceramah atau kuliahnya pasti penuh dengan jemaah yang hadir. Untuk makluman semua Ustaz azhar akan berada di Melaka bagi menyampaikan kuliah Maghrib pada ketetapan berikut:

Tarikh   :   19 Oktober 2012 (Jumaat) Selepas Solat Maghrib
Tempat  :  Masjid Nurul Hidayah @ 'Masjid Airport'

Kepada sesiapa yng mempunyai kelapangan, tuan dijemput hadir untuk mengimarahkan lagi majlis ilmu itu nanti. Semoga kedatangan tuan akan mendapat rahmat dan keredhaan Allah.

 

Jemputan Tazkirah

Sempena dengan bulan Zulhijjah yang bakal menjelang, KeSURI akan mengadakan satu program khas iaitu Tazkirah Jumaat Khas Hari Raya Aidiladha 1433/2012 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
 
Tarikh   :   19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa     :   11.00 pagi
Tempat :   Bilik Seminar, Tingkat 3, FKM
Penceramah   :   Erti Sebuah Pengorbanan dalam mengejar Redha Allah.
 
 
 
Kepada semua yang berkelapangan dijemput hadir untuk mengimarahkan lagi majlis ilmu itu nanti. Semoga kedatangan anda mendapat anugerah rahmat dan redha daripada Allah SWT, InsyaAllah.

Jemputan Open House & Majlis Kesyukuran

Tuan/Puan yang mempunyai kelapangan masa adalah dijemput hadir ke Majlis Kesyukuran dan Rumah terbuka sempena Hari Raya oleh Dr Yusmady pada ketetapan berikut :

Tarikh   :   9 September 2012
Masa     :   1.30 petang - 6.30 petang (dimulakan dengan solat Zuhur dan bacaan doa Selamat)
Tempat :   No. 1, Jalan Saujana Permai 8, Taman Saujana Permai, 75450 Bukit Katil, Melaka ( Taman  Saujana Permai adalah berdekatan dengan RKSK)


Jemputan Walimatul urus



" Ya Allah, Berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, Noryani binti Muhammad (Pensyarah baru FKM) dan Mohd Fadzli bin Mohd Yassin. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini"
Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini di rai

Sireh bertepuk pinang menari, Dua hati memaut janji,
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut di izin Illahi,

Dengan rasa kesyukuran dan tawadhu' ke hadrat Allah S.W.T. , Noryani menjemput YBhg/Dato/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan ke majlis perkahwinan mereka pada:

(Noryani)

Tarikh : 1 Julai 2012

Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Cahaya TNB, Jalan DFataran Utama, Taman Kempas, Johor Bahru

dan

(Fadzli)

Tarikh : 8 Julai 2012

Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : No 12, Jalan Desa Rhu 11, Taman Desa Rhu 2, Sikamat, Negeri Sembilan



Semoga kehadiran dan doa restu jemputan sekalian akan menyerikan majlis mereka serta diberkati Allah S.W.T.

Jemputan ke Majlis Kesyukuran dan Aqiqah

Sekiranya tuan/puan mempunyai kelapangan masa dan tiada aktiviti dihujung minggu ini, tuan/puan adalah dijemput hadir bagi meraikan Majlis Kesyukuran dan Aqiqah Dr Musthafah bin Mohd Tahir tanda bersyukur di atas kelahiran puteranya yang bernama Mohamad Muiz bin Musthafah pada ketetapan berikut :

Tarikh   :   16 Jun 2012
Masa     :   Bermula jam 12 Tengah hari
Tempat :  

lokasi rumah Dr Mus


AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut di kepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.


JEMPUTAN WALIMATUL URUS

Bismillahirrahmannirrahim


"Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah"
Dengan penuh rasa kesyukuran kehadrat Ilahi, staf Makmal iaitu Encik Ismail bin Ibrahim menjemput Y.Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Engr./Tuan/Puan ke Majlis Perkahwinan anak beliau Mohd Firdaus bin Ismail dan pasangannya Suhana Bte Malik pada ketetapan berikut:


27 Mei 2012 (Ahad) bertepatan 6 Rejab 1433 Hijrah
bertempat di KM9, Jalan Sidang Hasan, Bukit Katil, 75450 Melaka.


Semoga kehadiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Engr./Tuan/Puan  dan restu para hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis serta diberkati ALLAH S.W.T. jua hendaknya. InsyaAllah