Carta organisasi
PENGURUSAN
KESURI
KESURI akan
diuruskan oleh satu Jawatankuasa Eksekutif yang merupakan kuasa tertinggi
selepas AGM. Jawatankuasa Eksekutif
terdiri daripada 10 orang , calon-calon Jawatankuasa Eksekutif ini telah
dilantik oleh ahli KESURI semasa AGM. Jawatankuasa Eksekutif KESURI terdiri
daripada :
Pengerusi – Memastikan pengurusan pentadbiran am dan hal
ehwal KESURI berjalan lancar.
Timbalan Pengerusi - Mambantu pengerusi, melaksanakan tugas-tugas
pengerusi sekiranya ketiadaan pengerusi
Setiausaha - bertanggungjawab ke atas pentadbiran am
KESURI dan penyampai maklumat terhadap
aktiviti-aktiviti KESURI kepada semua ahli.
Bendahari - bertanggungjawab terhadap pentadbiran am
kewangan, menyelia akaun, menyediakan penyata kewangan.
Ketua Biro Sukan dan Rekreasi
- Merancang aktiviti-aktiviti
yang berfaedah dan menggalakkan ahli melibatkan diri dalam apa jua bentuk sukan
atau permainan. Juga bertanggungjawab untuk merancang aktiviti-aktiviti
rekreasi dan lawatan berbentuk social.
Ketua Biro Kebajikan & Hubungan staf
- Memastikan kebajikan ahli
santiasa dijaga terutama dalam memupuk hubungan mesra antara ahli disemua
peringkat. Juga bertanggungjawab untuk melaksanakan kutipan derma bagi meringankan
beban ahli-ahli yang melanda musibah. Biro ini juga bertanggungjawab untuk
memilih ahli bagi mewakili KESURI di dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan
sosial.
Biro Penerbitan & Ilmiah
- bertanggungjawab mengadakan
program-program berbentuk keilmuan dan menerbitkan Buletin KESURI dan
merekodkan acara-acara yang berlaku atau dianjurkan oleh KESURI.
Biro Hal Ehwal Wanita - Bertanggungjawab merancang program yang
melibatkan ahli-ahli wanita sahaja. Berhubung rapat dengan Ketua Biro Hal Ehwal
AJK Wanita BAKUTEM yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh biro
tersebut. Berhubung rapat dengan PUSPANITA bagi aktiviti yang berkaitan.
Biro Hal Ehwal Kerohanian dan Agama
- Bertanggungjawab mengadakan
program-program berbentuk keagamaan dan menjurus kepada pembentukan sahsiah
terpuji. Bekerjasama dengan biro Penerbitan & Ilmiah dalam menghasilkan
artikel berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Berhubung dengan Hal Ehwal Agama
BAKUTEM berkaitan dengan segala aktiviti kerohanian dan keagamaan yang
dijalankan.
Catat Ulasan