Artikel ini dipetik dari Blog CUEPACS yang bertarikh 29/8/2012.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman yakin isu kebajikan penjawat awam akan disentuh dalam pembantangan Bajet 2013, yang dijangka pada 28 September ini. Selaras dengan usaha menambah baik kualiti perkhidmatan melalui penyampaian berkesan.
Omar, yang juga anggita Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam (SKTPA), berkata CUEPACS juga mahu status pekerja kontrak turut mendapat perhatian kerajaan.
"Kebajikan sangat penting dalam mana-mana sektor, sama ada dalam kerajaan atau swasta dan kita mengharapkan satu pembentangan yang baik supaya tidak ada lagi penjawat awam yangbermasalah atau tidak sihat yang akan menyusahkan kawalan," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog di antara ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan Sarawak dengan SKMTPA, yang diketuai pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi.
Dengan adanya pelbagai insentif yang diberi kerajaan, seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) serta ekonomi yang sudah baik,beliau berkata isu yang dibangkitkan selama ini, termasuk kenaikan gaji selain penyelarasan bayaran insentif wilayah dan elaun perumahan perlu mendapat perhatian kerajaan di dalam belanjawan 2013 nanti.
Bagi meningkatkan lagio produktiviti dan pentadbiran efisien, elaun bantuan sar ahidup (COLA) juga perlu diberi kepada penjawat awam di Sarawak, yang berbeza dengan bayaran insentif wilayah, katanya.

Label: Lain-Lain
Catat Ulasan