Suatu hari, ketika sedang menebang pokok, seorang penebang kayu kehilangan kapaknya kerana terjatuh ke dalam sungai. Lalu dia menangis dan berdoa. sehingga pari-pari muncul.  "Mengapa kamu managis?" tanya si pari-pari.


Si penebang pokok sambil teresak menceritakan bahawa kapak sebagai sumber pendapatannya telah jatuh ke dalam sungai.


 Lalu si pari-pari menghilangkan diri seketika lalu muncul kembali membawa kapak emas. "Adakah ini kapakmu?" tanya si pari-pari.

"bukan, pari-pari" jawab lelaki itu.

Lalu pari-pari menhilang dan muncul semula membawa kapak perak. "Adakah ini kapakmu?" tanya si pari-pari lagi.

"Bukan" lelaki itu menjawab sambil menggelengkan kepalanya.

Setelah menghilangkan diri lagi dan muncul semula dan kali ini membawa kapak yang buruk dengan hulu kayu dan mata besi. "Adakah ini kapak kamu?"

"Ya, pari-pari, benar itu kapak saya." kata lelaki itu.

"Kamu seorang yang jujur, jesteru itu aku akan hadiahkan kapak emas dan perak ini kepada kamu sebagai upah kejujuran kamu." kata si pari-pari.

Lelaki itu sangat bersyukur dan pulang ke rumahnya dengan sangat gembira.

Beberapa hari kemudian ketika sedang menyeberangi sungai bersama isteri, tiba-tiba isteri lelaki itu terjatuh dan hanyut. Si penebang pokok menagis dan berdoa akan keselamatan isterinya. Kemudian si pari-pari muncul.

"Mengapa kamu menagis? tanya si pari-pari

"Isteri saya yang sangat saya cintai telah terjatuh ke dalam sungai" kata lelaki itu.

Lalu si pari-pari menghilangkan diri dan muncul kembali dengan membawa wanita cantik seiras Neelofa. "Adakah ini isteri kamu?" tanya si pari-pari.

"Ya " jawab lelaki itu.

Lalu si pari-pari marah dan berkata "Kamu berbohong, ke mana perginya kejujuranmu?"

Lelaki itu dengan takut dan gementar berkata " pari-pari, seandainya saya menjawab tidak, pari-pari akan kembali membawa wanita cantik seperti Shiela Amzah, dan jika ketika itu saya juga menjawab tidak, pari-pari akan kembali membawa isteri saya yang sebenar, dan jika ketika itu saya menjawab ya, pari-pari akan memberikan ketiga-tiga wanita itu untuk menjadi isteri saya. Saya ini orang miskin, tidak mungkin saya dapat menyara ketiga-tiga isteri."