Sejarah
APA ITU KESURI?
KESURI ialah satu
kelab kebajikan Sukan dan Rekreasi,
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah
untuk menjaga kebajikan staf di FKM, juga mengeratkan hubungan silaturrahim
antara ahli tanpa mengira pangkat dan kedudukan melalui penglibatan dalam
aktiviti KESURI. Tujuan penubuhan ini juga adalah untuk meningkatkan kompetensi
kerja melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
KESURI diuruskan
oleh satu Jawatankuasa Eksekutif yang merupakan kuasa tertinggi selepas
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Dekan fakulti merupakan penaung dan juga
penasihat kepada Kelab.
SIAPA AHLI
KESURI?
Semua staf FKM
yang berkhidmat di UTeM akan menjadi ahli secara automatik. Setiap ahli perlu
membayar yuran keahlian mengikut kaedah dan kadar yang telah ditentukan oleh
Jawatankuasa Eksekutif.
FAEDAH DAN
KEISTIMEWAAN AHLI KESURI
Semua ahli
kesuri akan menerima faedah dan
keistimewaan tanpa mengira pangkat. Di atas keperihatinan KESURI setiap ahli akan
mendapat faedah dan keistimewaan berikut :
1.
Sumbangan
berbentuk wang tunai sekiranya berlaku :
a)
Kematian
Ahli
b)
kematian
ahli keluarga
c)
Perkahwinan
d)
Kelahiran
anak
e)
Ahli
masuk Wad
f)
Keluarga
ahli masuk wad
g)
Musibah
2. Pinjaman kecemasan
3. Cenderahati perpisahan