Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila meraka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah dibiasakan dicium oleh isterinya mereka tidak kira bila-bila masa pun... mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.
Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.
Kenyataannya, apa yang berkalu hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami apabila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih disayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.
Semua ini akan menambah rasa kasih sayang. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh dipraktik oleh isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja atau balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus untuk diamalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.
satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yangtahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dakapan suami boleh membuatkan hati suami luluh (malah ada hikmah dan kebaikan yang akan dikongsikan pada artikel akan datang. InsyaAllah.)
Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah???
Label: Keluarga
Catat Ulasan