Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepad tubuh badan manusia. Dan ramai lagi masyarakat kita yang masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.


Kopi mula ditemui oleh pengembala kambing di Afrika apabila mereka melihat kambing mereka lebih energetik apabila memekan biji kopi. Kapi juga digunakan oleh kaum ini sebagai ramuan di dalam masakan.


Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang rom dan yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafiennya, kopi mempunyai kesan ransangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Amaricano, Cuppucino dan Espresso.


Kopi sebagai minuman pertama selaki digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka Qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata Tanah Arab. Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun dikalangan bangsa arab dan Eropah semasa Zaman Gelap Eropah. Malah sebahagian pengkaji sejarah mengatakan kopi telah memainkan peranan yang besar dalam kebangkitan Eropah (renaissance) kerana sebelum itu orang eropah rata-rata hanya meminum minuman keras dan sentiasa dalam keadaan mabuk atau separa mabuk. Apabila kopi diperkenalkan mereka mula beralih kepada kopi untuk waktu siang dan arak pada waktu malam dan telah membolehkan mereka berfikir dengan jelas dan membangunkan tamadun.

Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan Strok. Neudegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi-mental (dementias).

 Ini juga  telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian edodimiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kogginitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Kini terdapat juga pelbagai minuman kesiahatan berasakan kopi yang boleh didapati dipasaran seperti kopi herba, produk HPA Radix dan llain-lain. Kopi herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthama dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi kopi herba.

Pengambilan kopi dalam kadar yang sederhana tidak akan memudaratkan kesihatan malah akann memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meskipun pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifik berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetis jenis duia adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.

Kajian saintifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi juga boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu miningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fisikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka lebih segar setelah meminum kopi.

Bagi penghidap penyakit jantungf, kencing manis dan darah tinggi., pengambilan jopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang posiitif hanya akan berlaku dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kiopi tidak mempunyai kesan kardivoskular seperti peningkatan kadar denyutan jantungyang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.

Dipetik dari : iluvislam.com