Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya, dfarjatnya seimpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menengis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.



Barang siapa yang keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barang siapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil, dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barang siapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Rasulullah SAW mencium cucu baginda (Hassan). Aqrak berkata,:"Anakku 10 orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."

Rasulullah SAW bersabda,: "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barang siapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia menmerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya," Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"

Baginda menjawab, " Berbaktilah kepada ibubapamu."

Kata lelaki itu lagi," Ibubapaku sudah tiada lagi."

Sabda Rasulullah SAW," Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."