Selesai sudah Majlis Sambutan Eidulfitri 1433H yang diadakan di Perkarangan Dewan Besar UTeM. Program ini merupakan acara tahunan UTeM dimana semua PTj terlibat.

Setiap PTj akan diberikan 1 Khemah dan terpulang kepada PTj tersebut untuk menghias khemah tersebut. Selain itu, pertandingan Khemah tercantik juga diadakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan Majlis tersebut.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah menggunakan khidmat rasedycanopy bagi pemasangan langsir hijau yang merupakan identiti fakulti. Hiasan-hiasan lain juga ditambah bagi  menyerikan lagi Khemah lain seperti belon, lampu liplap, bungan-bungaan dan lain-lain. Kerja hiasan ini dijalankan secara kerjasama dikalangan staf FKM seperti pensyarah, juruteknik mahupun staf pentadbiran.



Hiasan

Tidak ketinggalan hidangan menu tersendiri bagi setiap PTj. Antara Menu yang dihidangkan ialah Kambing Golek yang disediakan oleh FKE, sate oleh HEPA, Nasi kerabu oleh Pusat Islam, juga "Cendol Manis Kaseh Sayang" dan Coconut Shake yang dijamu oleh Pendaftar. "Cendol tersebut sangat istimewa kerana sesiapa yang meminumnya akan memperolehi CGPA 3.5 ke atas bagi pelajar, kepada wanita yang belum berkahwin akan bertemu jodoh dan kepada yang sudah berkahwin akan memperolehi madu. Manakala kepada yang menhidap kencing manis akan kehilangan kaki" kata jurucakap khemah pendaftar tersebut.

Para-para Dayang Pusat Komputer


FKM pula menghidangkan menu Laksa Penang yang enak. Kueh raya tradisional, dodol dan beberapa jenis kek juga menjadi hidangan para tetamu yang singgah ke Khemah FKM.

Menu FKM


Laksa Penang Special

Melayan Tetamu

Pengunjung Booth

Dekan



Majlis tesebut dimulai dengan ketibaan VVIP, pegawai kanan universiti. Diikuti dengan ucapan aluan Eidulfitri oleh Naib Canselor.  Seterusnya lawatan ke Khemah PTj. Majlis tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah khemah tercantik pada jam 1 petang.

Lawatan ke Booth