Golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Bebelan golongan ini ternyata pedas.

Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadan dengan perkara yang dibebelkan itu. Namun begitu, ada satu cara yang bijak untuk menengani bebelan isteri tercinta.


Ikuti kisah di bawah sebagai pengajaran bagi suami.


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab ra, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh.

Si isteri tidak henti-henti membebel, sedang masak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik kepada isterinya kerana membebel. Si isteri pun menjawab, si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau.

Memandangkan keadaan rumah tangga mereka semakin perah, si suami pun mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar mambalas.

Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. katanya dalam hati, kalau isteri khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika di berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajatkamu datang ke mari?"

Si suami menjawab," Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata,"Tidak patut kalau akau tidak bersabar dengan kerenahnya. bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? sabarlah sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Begitulah kisahnya. Suami perlu memainkan peranan "senyap" sebagai reverse psychology dalam membentuk rumahtangga yang bahagia.

Ingatlah wahai suami, senyap bukan beerti pengecut. Tidak menegur dengan kata-kata juga tidak beerti penakut.

Isteri yang menjawab bukan isteri yang durhaka. Isteri yang memarahi suami juga bukan dipanggil derhaka. Begitu juga jika berleter, membebel, emo, merajuk dan sebagainya, juga bukan derhaka.

Ingatlah waai isteri. Suami adalah pemimpin, perlu dihormati. Namun suami juga manusia, ada buat silap, ada nafsu, ada terpengaruh dengan hasutan syaitan, dan sebagainya yang kadangkala perlu ditegur, dimarahi, mahupun dileteri.

Sebab itu, di belakang setiap lelaki yang berjaya adalah seorang perempuan.


oleh : solet.net