Booth KeSURI

AJK telah pun menambah barang jualan yang menarik untuk dijadikan bahan kunyahan. Kit Kat adalah antara tarikan baru "rilek la, kit kat kan ada..."
 

Pelbagai Makanan ringan

Selamat Menjamu

Megi pun ada...

Penaja rasmi Raja Lawak Musim ke-7

Antara minuman yang turut di jual

Mohon Sumbangan

Salah satu program yang dirancang oleh Pusat Islam, UTem adalah mengimarahkan surau. Pada 17 Mei 2013 telah diadakan satu mesyuarat berkaitan bertempat di Bilik Mesyuarat VIP, Pusat Islam, UTem yang dihadiri oleh pegawai dari semua PTj.


Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa setiap PTj harus mengimarahkan setiap Surau/bilik solat yang terdapat diPTj masing-masing.

Bagi mereallisasikan program tersebut, keperihatinan tuan/puan diperlukan dengan menyalurkan sumbangan dalam bentuk naskah Al-Quran, koleksi kitab, buku atau bahan cetakan ilmiah seperti majalah, makalah, buku koleksi, poster, rak buku, rehal atau apa sahaja bahan ilmiah yang masih berkeadaan baik untuk diletakkan di Surau Lelaki dan Surau Wanita di Tingkat 3, Pejabat Pentadbiran FKM.



Menjaga Lisan

Awasi kata-kata, walau hanya sekadar memneri komen di muka buku.

Setiap hari manusia tidak akan terlepas dari menggunakan lisan dalam aktiviti harian, apatah lagi pada masa kini teknologi canggih yang memungkinkan penggunaan laman sosial seperti Muka buku, tweeter, Instegram dan sebagainya sebagai perhubungan sosial yang sering digunapakai.

Tapi tahukah anda bahawa setiap kata mungkin akan mengembirakan atau menyakiti hati seseorang dalam sedar mahupun tidak.

Allah SWT berfirman :


"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukan) melainkan
 ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."
(Surah Qaaf, 50:18)

Santapan Rohani

 
Santapan Rohani merupakan satu aktiviti tazkirah Jumaat ringkas yang dikelolakan oleh staf pentadbiran. .

Aktiviti ini adalah satu cetusan idea yang menarik dari Y. Bhg. Dekan yang sedikit sebanyak membantu merapatkan lagi ukhwah dikalangan staf pentadbiran. Ia merupakan aktiviti perkongsian  ilmu dan maklumat disamping memperingatkan tentang apa sahaja yang akan membantu meningkatkan ilmu serta kerjaya dikalangan staf pentadbiran.

Kanak-Kanak Belum Baligh : Part 2


Sape kate budak kecik dah sunat mahupun belum tak boleh satu saf dengan lelaki dewasa?
Sape Kate?

Seriusly aku nk hempuk je kepala sesape yg cakap tak boleh. Alasan najis la, putus saf la dan sebagainya.

Nah baca benda yg aku
Copy N Paste

Beberapa lama telah berlalu, sayangnya saya melihat corak pemikiran orang-orang Islam di negara ini masih sama. Suka bertaklid buta tanpa usul periksa. Mereka menghukum tanpa ilmu. Hasilnya, beberapa kali anak saya yang sudah mumaiyiz dan berkhatan dihalang dari solat di saff dewasa, di suruh ke saff belakang. Anak saya memprotes, wajahnya mencuka. 

Kanak-Kanak Belum baligh : Part 1

Seperti biasa setelah selesai aktiviti riadah yang diadakan pada setiap malam isnin,, admin bersama rakan-rakan akan singgah minum dan bersembang kosong di warong yang berhampiran.

Namun, salah seorang dari kami menceritakan pengalaman berkhatan anak lelaki beliau dan timbullah persoalan adakah sah solat sekirannya terdapat kanak-kanak yang belum baligh (belum bersunat) di dalam saf?

So masing-masing mengeluarkan hujah, diakhirnya kami sepakat untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara yang kami bincangkan.

Disini dikongsikan maklumat berkaitan yang dihantar oleh seorang daripada kami untuk dikongsikan bersama.

Jemputan Majlis Kesyukuran

"Aqiqah adalah tanda syukur kita kepada Allah SWT atas nikmat anak yang diberikan-Nya. Juga sebagai washilah (sarana) memohon kepada Allah SWT agar menjaga dan memelihara sang bayi."

Rasulullah SAW bersabda : "Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Ia disembelihkan (binatang) pada hari ke tujuh dari hari kelahirannya, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya." (Ashhabus Sunan).

Encik Muzaini bin Sahary (Pak Jen) dengan rendah diri menjemput tuan/puan ke Majlis Kesyukuran, Khatam Al-Quran dan Berkhatan yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh  :  1 Jun 2013 (Sabtu)
Masa    :  11.30 pagi (Majlis bermula)
               1.00 petang - 3.30 petang (Jamuan makan)
Tempat : DT2784, Jalan Angkasa Nuri, Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam, Melaka (Belakang Airport)


Semoga kehadiran tuan/puan sekeluarga akan memeriahkan majlis tersebut.


Jemputan Walimatul Urus

"Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta da kasih), maka allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka."
Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu said Al-Khudri.
 
Mawar merah harum mewangi,
Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringi,
baik berpakat suami isteri.
 

Pendidikan terhadap Anak

Tahniah kepada Encik Noorhasyuddin bin Mohd basri (Pembantu Tadbir) di atas kelahiran bayi lelaki pada 23 Mei 2013.


Hakikat kehidupan manusia tidak dapat lari daripada hubungannya dengan Allah SWT. Allah mengetahui tiap sesuatu yang berlaku dalam perjalanan hidup makhluknya kerana Dialah yang mengatur setiap sendi perjalanan alam ini termasuk manusia. Dialah 'pengawas' yang sentiasa memerhatikan pergerakan hambaNya.

Firman Allah yang bermaksud : "Dan semenangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan. Kami mengenai siapakah yang benar-benar beriman pada hari kiamat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya, Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Surah Saba', ayat 21).

Keputusan SAJ 2013


Badminton merupakan salah satu sukan yang mndapat tumpuan oleh warga FKM malah ianya merupakan antara sukan yang paling diminati oleh seluruh Malaysia.

Pada hujung minggu iaitu 18 dan 19 Mei 2013 yang lalu, acara badminton SAJ telah berlangsung meriah dengan sorakan peminat mahupun para peserta bagi menaikkan semangat juang ahli di dalam gelanggang. Ianya saling tak tumpah seperti perlawanan akhir di antara Datuk Lee Chong Wei bertemu Lin Dan.

Salam Takziah


Salam takziah di ucapkan kepada Encik Masjuru bin Musa @ Othman (Pensyarah Cuti Belajar) di atas kehilangan bapa kandung pada 15 Mei 2013. Semoga roh Alllah yarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al fatihah...

Perintis

Pertama admin ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit Latihan HRD, UTeM kerana berjaya menganjurkan satu program yang cukup santai dan bersahaja, namun berjaya menyatukan warga FKM dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Pujian ini juga harus diberikan kepada Ketua fasilitator yang berjaya mengelola dan mengawal urus program dengan sempoi iaitu Encik Mohd Isa bin Mat Dom. Tidak lupa juga kepada fasilitator yang terlibat kerana sanggup menerima dan bersabar dengan kerenah warga FKM yang 'masuk air'.

Tahniah dan terima kasih juga patut diberikan kepada beberapa warga FKM yang agak berusia seperti Pak Mail, Prof. Razali, Prof. Radzai dan Ir Dr Talib yang berjaya mengharungi segala aktiviti dan rintangan dengan jayanya. Mereka Berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang dalam apa jua halangan yang  ditempuh.

Admin amat berbangga dengan seluruh warga FKM di atas ketabahan dalam mengarungi segala cabaran dengan semangat juang yang kental. Mereka seolah-olah telah bersedia dengan mental dan fizikal untuk mengharungi program dengan jayanya.

Short Cut for Symbol

 
 
Kali ini admin akan kongsikan short cut untuk membuat simbol bagi memudahkan kerja-kerja menaip.

Selain itu ianya akan membuatkan anda berasa teruja untuk mencuba disamping kelihatan seperti pakar dalam word walaupun kita orang biasa-biasa saja...


Alt   +     0169    ©
Alt   +     0153               
Alt   +     0174    ®

Taklimat PERiNTiS

PERiNTiS merupakan satu program yang santai  ke arah transformasi dimana setiap peserta akan merasai dan mengharungi segala aktiviti yang dirancang yang akan memberikan satu pengalaman yang cukup beharga.


Program ini adalah cetusan idea Naib Canselor UTeM iaitu YBhg. Prof. Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan. Ianya merupakan kesinambungan kepada Program Intergrasi Insan Terbilang (PINTAR) yang dilaksanakan secara menyeluruh kepada warga UTeM pada tahun lalu.

Program ini bertujuan untuk melahirkan warga UTeM yang bersahsiah murni dan Profesional. Selain itu, ianya juga akan menjadikan seluruh warga berfikiran strategik berinovasi dan menjana kreativiti dalam menterjemahkan perancangan university. Antara tujuan lain program ini ialah menggalakkan staf untuk mengamalkan gerak kerja yang berinovatif untuk mencapai keunikan dan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang perkhidmatan.