Salam takziah di ucapkan kepada Encik Masjuru bin Musa @ Othman (Pensyarah Cuti Belajar) di atas kehilangan bapa kandung pada 15 Mei 2013. Semoga roh Alllah yarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al fatihah...
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Demikianlah sunatullah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT yang menghiasi pentas kehidupan ini. Namun, ada hikmah yang tersembunyi disebalik proses kehidupan dan kematian yang mewarnai hidup ini. Allah menegaskan bahawa setiap makhluk yang menghuni bumi Allah ini akan binasa apabila tiba masanya nanti termasuk para nabi dan rasul yang terpilih termasuk malaikat sendiri seperti Jibrail, Mikail dan malaikat maut melainkan Allah sahaja yang kekal hidup sampai bila-bila.
Apa yang jelas daripada wujudnya kematian dan kehidupan yang bersilih ganti dalam perjalanan hidup ini ialah betapa dunia yang didiami ini sebenarnya bersifat sementara dan begitulah juga kehidupan manusia ini juga bersifat sementara. Oleh itu, Islam dating untuk menjelaskan kepada umatnya mengenai hakikat penciptaan dan kejadian manusia adalah berdasarkan kepada soalan : Dari mana kita datang? Untuk apa kita datang? Ke mana pula kita akan pergi?
Jawapan kepada persoalan ini adalah daripada Allah kita datang, untuk Allah kita hidup dan kepada allah jualah kita akan kembali. Oleh yang demikian, persepsi seorang muslim amat jelas mengenai matlamat sebenar kehidupan dan kematian yang mewarnai pentas kehidupan ini.
Perlu diinsafi bahawa jemputan maut akan datang pada bila-bila masa tanpa mengambil kira masa sihat atau sakit, masa senang atau masa susah, masa muda atau masa tua, lelaki atau perempuan, masa kaya atau masa miskin dan masa lapang atau masa sibuk. malah maut juga tidak akan terlewat atau cepat daripada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz. Maut menjadi satu rahsia yang hanya diketahui oleh Allah.
Label: Takziah
Catat Ulasan