Badminton merupakan salah satu sukan yang mndapat tumpuan oleh warga FKM malah ianya merupakan antara sukan yang paling diminati oleh seluruh Malaysia.

Pada hujung minggu iaitu 18 dan 19 Mei 2013 yang lalu, acara badminton SAJ telah berlangsung meriah dengan sorakan peminat mahupun para peserta bagi menaikkan semangat juang ahli di dalam gelanggang. Ianya saling tak tumpah seperti perlawanan akhir di antara Datuk Lee Chong Wei bertemu Lin Dan.


Namun sedikit mendukacitakan bagi Pasukan FKM dimana harapan untuk meraih pingat emas hampa. FKM hanya mampu mendapat tempat ke-4 sahaja. Apapun tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang berusaha berhabisan untuk mencapai sasaran yang telah disasarkan oleh Pengurus pasukan iaitu Encik hairul Nezam bin Wahid.

Menurut beliau, semua pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi terutama pemain wanita. Beliau tidak menyangka dengan kemampuan pemain wanita yang mempunyai semangat yang luar biasa sehinggakan mampu menyaingi peserta yang memegang status elit UTeM. Namun apakan daya segala perancangan dan percaturan yang dibuat tidak dapat menyaingi pasukan lawan yang rata-ratanya berstatus pemain elit juga peningkatan skill dan teknik lawan yang tidak mampu kita saingi.

Walaubagaimanapun kami 'respect' dengan pengurus yang bertanggungjawab di atas kekalahan yang dialami pasukan. Tahniah dan terima kasih di atas segala usaha dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang melatih pasukan badminton FKM.

Para peserta Badminton SAJ memanaskan badan

Player Single FKM

Berentap

gaya Peserta wanita FKM

Gaya peserta wanita FKM


Dr. Mus + Teves

Perbincangan Strategi dan Brain Wash

Perbincangan yang turut dibawa ke meja makan
 
Juara FTMK + FPTT