Salah satu program yang dirancang oleh Pusat Islam, UTem adalah mengimarahkan surau. Pada 17 Mei 2013 telah diadakan satu mesyuarat berkaitan bertempat di Bilik Mesyuarat VIP, Pusat Islam, UTem yang dihadiri oleh pegawai dari semua PTj.
Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa setiap PTj harus mengimarahkan setiap Surau/bilik solat yang terdapat diPTj masing-masing.
Bagi mereallisasikan program tersebut, keperihatinan tuan/puan diperlukan dengan menyalurkan sumbangan dalam bentuk naskah Al-Quran, koleksi kitab, buku atau bahan cetakan ilmiah seperti majalah, makalah, buku koleksi, poster, rak buku, rehal atau apa sahaja bahan ilmiah yang masih berkeadaan baik untuk diletakkan di Surau Lelaki dan Surau Wanita di Tingkat 3, Pejabat Pentadbiran FKM.
Segala sumbangan bolehlah disampaikan terus kepada Encik Azmi bin Othman.
Fakulti berharap agar surau-surau ini akan diimarahkan dengan bersempena kedatangan ramadhan ini. Staf boleh bertadarus disamping dapat meluangkan masa di surau pada waktu rehat dengan bacaan buku-buku ilmiah, zikir dan membaca buku-buku hadis.
Segala sumbangan yang diberikan adalah wakaf sebagai saham akhirat. Sumbangan yang tuan/puan berikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga penyumbang akan diberkati dan mendapat rahmat dari Ilahi.
Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Apabila seseorang anak Adam itu mati, segala amalannya akan etrputus melainkan 3 perkara, sedekah jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan orang lain dan doa anak yang soleh." (HR Muslim).

Label: Lain-Lain
Catat Ulasan