Tahniah kepada Encik Noorhasyuddin bin Mohd basri (Pembantu Tadbir) di atas kelahiran bayi lelaki pada 23 Mei 2013.
Hakikat kehidupan manusia tidak dapat lari daripada hubungannya dengan Allah SWT. Allah mengetahui tiap sesuatu yang berlaku dalam perjalanan hidup makhluknya kerana Dialah yang mengatur setiap sendi perjalanan alam ini termasuk manusia. Dialah 'pengawas' yang sentiasa memerhatikan pergerakan hambaNya.
Firman Allah yang bermaksud : "Dan semenangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan. Kami mengenai siapakah yang benar-benar beriman pada hari kiamat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya, Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Surah Saba', ayat 21).
Tanggungjawab memberi pendidikan akidah dan pengetahuan agama wajib 'terbeban' ke atas bahu ibubapa. Memberi didikan agama dan ilmu pengetahuan menjadi asas kepada kehidupan keluarga muslim.
Allah berfirman : " Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan baru (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); merakatidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka; dan mereka pula tetap melakukan segala yan diperintahkan." (surah at-Rahrim, ayat 6).
Imam qatadah menyatakan ayat itu adalah perintah Allah yang menyuruh golongan bapa mengajak anak, isteri dan seluruh ahli keluarganya supaya melakukan ketaatan kepada Allah serta menvegah mereka melakukan perkara maksiat dan mungkar.
Ibn Umar berkata ; "Aku mendengarRasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Kamu semua adalah pemimpin , dfan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagiahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka, manaklala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.' (HR Muslim).
Sabda baginda lagi" Sesiapa daripada kalangan hamba Allah yang dikurniakan dengan orang bawahan, tetapi tidak menasihati mereka, nescaya ia tidak akan mencium bau syurga." (HR Muslim)
Ibn Umar berkata : " Ajarkan adab kepada anak-anak kamu, sesungguhnya kamu akan ditanya mengenainya; Apakah yang kamu ajar (mengenai adab) kepada anak-anak kamu? Apa yang sudah diajar (ilmu pengetahuan) kepada mereka? Dan Allah akan bertanya mengenai kebaikan yang dilakukan oleh kamu. dan Ia akan akan bertanyakan perkara ketaatan yang kamu lakuakan."
Ibubapa hari ini menyedari bahawa anak mereka bagaikan pepohon yang sering dihinggapi penyakit sosial daripada 'gigitan serangga' yang berkeliaran dengan banyaknya pada zaman kini.
Ini menyebabkan unsur positif dalam pendidikan di rumah menjadi luntur dan akhirnya terhakis sama sekali. Ibu bapa seharunya menjalankan tanggungjawab mereka dengan cara yang terbaik dan mempunyai ilmu pengetahuan secukupnya terutama daripada sudut kejiwaan dan kepekaan semasa. Anak yang dibesarkan menjadi agresif dan kasar, jika pendidikan ibu bapa berasaskan kekasaran dan agresif. Ia akan menjadi musuh ibu bapa jika pendekatan memdidik berasaskan permusuhan dan konfrontasi. ini ujian yang mencabar tahap kemahiran keibubapaan zaman kini.

Label: Berita Kelahiran
Catat Ulasan