Pertama admin ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit Latihan HRD, UTeM kerana berjaya menganjurkan satu program yang cukup santai dan bersahaja, namun berjaya menyatukan warga FKM dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Pujian ini juga harus diberikan kepada Ketua fasilitator yang berjaya mengelola dan mengawal urus program dengan sempoi iaitu Encik Mohd Isa bin Mat Dom. Tidak lupa juga kepada fasilitator yang terlibat kerana sanggup menerima dan bersabar dengan kerenah warga FKM yang 'masuk air'.
Tahniah dan terima kasih juga patut diberikan kepada beberapa warga FKM yang agak berusia seperti Pak Mail, Prof. Razali, Prof. Radzai dan Ir Dr Talib yang berjaya mengharungi segala aktiviti dan rintangan dengan jayanya. Mereka Berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang dalam apa jua halangan yang ditempuh.
Admin amat berbangga dengan seluruh warga FKM di atas ketabahan dalam mengarungi segala cabaran dengan semangat juang yang kental. Mereka seolah-olah telah bersedia dengan mental dan fizikal untuk mengharungi program dengan jayanya.
Program Perintis ini dimulai dengan pendaftaran peserta pada 10 Mei 2013 jam 3 petang. Diikuti dengan satu taklimat ringkas daripada ketua fasilitator mengenai aktiviti program, langkah-langkah keselamatan dan halangan/perkara yang akan dihadapi oleh peserta. Selesai taklimat ringkas, peserta dijamu dengan minum petang.
|
Pendaftaran Peserta |
|
Simpan barang sebelum aktiviti perkhemahan |
|
Perbincangan tentang aktiviti yang akan diharungi |
|
Sembang kosong |
|
Sempat merancang strategi Sepak Takraw |
Para peserta diminta untuk mendirikan khemah bagi tujuan penginapan peserta sepanjang program berlangsung, dengan satu taklimat ringkas tentang penyediaan khemah oleh salah seorang fasilitator kurang lebih jam 5.30 petang.
Di dalam aktiviti ini peserta akan mengalami sendiri pengalaman tidur di dalam khemah. Untuk kedua-dua malam kami telah berhadapan dengan hujan serta petir, di saat itu terbayang anak dan isteri tercinta, bagaimana mereka mengharungi malam tanpa kami disisi. Agak sedih bila mengenangkan saat-saat tersebut. Ada di antara kami yang memilih untuk tidur di khemah yang terbuka namun tempias hujan serta aliran air yang membasahi tempat tidur juga terpaksa diharungi oleh para peserta bagi program tersebut. Namun ianya adalah asam garam yang terpaksa ditempuh oleh kami dan ianya membuatkan kami bersemangat kental untuk menghadapi segala jua rintangan.
|
Pemasangan Khemah |
|
Fuh! selesai sudah dirikan khemah |
Majlis makan malam dimulai awal bagi memenuhi jadual program. Para peserta telah dijamu dengan barbeque kambing, ayam, ikan, udang dan western food. Menu nasi goreng juga disediakan kerana 'kita'kan orang Malaysia yang tidak dapat lari dari makanan utama iaitu nasi. Admin berharap untuk program yang akan datang seharusnya pihak penganjur menyediakan sayur timun bagi meneutralkan kandungan karbon didalam badan bagi mengelakkan keracunan didalam sistem perkumuhan badan.
|
Menu yang Berjaya meyakinkan peserta |
|
Yum...yum... |
Selesai menjamu selera kami bersiap untuk solat maghrib dan Isyak berjemaah diikuti dengan saringan tazkirah bagi warga FKM yang beragama Islam. Manakala warga yang bukan beragama islam satu aktiviti asing telah diwujudkan oleh penganjur untuk mengelakkan mereka berasa bosan sementara menunggu rakan-rakan berjemaah.
Di dalam tazkirah itu, penceramah iaitu Pengarah Pusat Islam menekankan tentang kekuatan akidah bagi setiap muslim. Beberapa orang sahabat Rasulullah SAW telah dijadikan contoh yang mempunyai kekuatan akidah yang cukup luar biasa yang masyarakat kini tidak mampu untuk mengharungi cabaran yang getir dalam memperjuangkan Islam. Sekiranya seseorang yang mempunyai akidah yang kuat mereka tidak mudah terpengaruh dengan ujian dan hasutan di dunia yang fana ini, serta menjadi contoh kepada bukan muslim.
|
Tazkirah |
Program diteruskan lagi dengan ucaptama dan perasmian dari Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan. Ucapan beliau berkenaan dengan arah tuju pelan strategik UTeM iaitu menjulang kualiti dan inovasi disamping memperkasa keunikan terpuji bagi semua warga FKM khususnya dan warga UTeM amnya. Di dalam ucapan itu juga, beliau agak kurang senang dengan ketidakhadiran 25 warga FKM yang mempunyai alasan yang tersendiri. Beliau juga menyatakan bahawa seandainya dibandingkan dengan tapak perkhemahan Program Perintis dengan perkhemah lain, ini merupakan perkhemahan
5 Star kerana pelbagai kemudahan asas yang mencukupi telah disediakan oleh pihak penganjur.
Setelah selesai majlis perasmian, acara ice breaking yang bertujuan mencari persepakatan dan memecahkan sempadan yang wujud dikalangan individu. diikuti dengan pembahagian kepada 10 kumpulan yang dianggotai oleh Prof./Prof. Madya, Dr., pensyarah dan kumpulan sokongan. Pembahagian kumpulan ini adalah bertujuan segala aktiviti sepanjang program akan dilakukan dalam bentuk kumpulan. Pada pembahagian ini peserta lelaki dan wanita telah diasingkan yang menghasilkan 8 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan wanita. Kumpulan tersebut adalah
Goyang, Old Skools, Real X, Janji ditepati, Megatron, Gambare, First 11, Abang Bas, Kembara Hijau, Gorgeous. Selesai pembahagian kumpulan program hari pertama tamat.
Solat subuh berjemaah adalah merupakan aktiviti pertama yang dilakukan pada hari ke-2. Tazkirah mengenai akhlak terpuji telah disampaikan oleh staf Pusat Islam. Diikuti dengan sarapan. Program yang dinantikan telah dijalankan pada jam 9.00 pagi iaitu Module 1 : Kecemerlangan Gerak Kerja Berpasukan (Eco Escapade). Taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Fasilitator, pegawai perubatan, Ketua urus setia aktiviti yang juga merupakan bekas komando askar diraja dan Pengarah Pusat Islam yang mengajar teknik mengambil wudhu ketika berada dalam keadaan darurat.
Tepat jam 9.15 para peserta dilepaskan dalam bentuk kumpulan menuju ke Check Piont (CP) yang telah diundi oleh ketua kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa peralatan seperti bekalan makanan (beras, sardine telur), peralatan memasak, bekalan perubatan first aid, Parang, Kain pelikat, tali dan beg.
|
Taklimat sebelum melaksanakan Module 1 |
|
Halangan di CP5 |
|
Soalan senang hi hi hi |
|
Selesai melaksanakan misi di CP4 |
|
Misi menyelamat di CP3 oleh 'orang buta dan bisu' |
|
Terima Arahan |
|
Laksanakan misi dengan tenang |
|
Survival 'X' |
|
Sempat rehat dalam melaksanakan misi di CP2 (Treasure Hunt) |
|
Perjalanan menuju ke CP1 |
Di CP6 (Wall Climbing) dengan adanya Cik Jannah membuatkan kami makin bersemangat untuk mengharungi rintangan ini. Bahkan Cik Jannah jugalah yang telah menjadikan kami lelaki yang macho dengan menunjukkan kekuatan dan kederat yang kami ada untuk menakluki puncak (he he he), kena lak dia dibantu oleh 'abang botak' (Khairi Amri) yang macho.
Pada sebelah malam, seperti biasa solat Jemaah beserta tazkirah mengenai hati. diikuti dengan pembentangan bagi aktiviti di CP5 iaitu pembinaan mercu tanda. Ketua Fasilitator Encik Mohd. Isa telah menawarkan wang RM50 kepada pembentang yang terbaik dan wang tersebut telah ditambah sebanyak RM50 lagi oleh TNCAA iaitu YBhg. Prof. Shahrin yang dijemput untuk program tersebut. Wang tersebut telah dimenangi oleh kumpulan Real X. Majlis diteruskan dengan hadiah kemenangan bagi 3 tempat terbaik bagi aktiviti Eco escapade kumpulan tersebut adalah Janji Ditepati, Goyang dan ......(lupa)
Ketua Fasilitator mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga FKM yang agak berusia kerana berjaya mengharungi kesemua halangan di Module 1 (Eco Escapade) tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan. Beliau juga tertarik dengan teknik atau perkara baru telah terhasil dari setiap CP oleh para peserta. Antaranya Semangat yang ditunjukkan oleh Prof. Radzai yang berjaya mengatasi rasa takut walaupun ini merupakan kali pertama beliau melakukan aktiviti flying fox. Kumpulan Goyang (Kumpulan 1) turut mendapat pujian di atas idea mereka memasukkan kesemua telur ke dalam botol untuk mengelakkannya pecah ketika melaksanakan aktiviti CP yang lasak bagi mengelakkan ketiadaan lauk bagi aktiviti Survival 'X'. Kejayaan Pak Mail yang berusia 54 tahun berjaya menawan puncak di CP6 iaitu Wall Climbing. Aktiviti ini berakhir jam 6 petang setelah ketibaan kumpulan terakhir.
|
Menyelesaikan teka bendera |
Pada hari ke-3, selesai solat subuh dan tazkirah tentang mengingati mati. program diteruskan dengan imbasan module 1 (Eco Escapade) dan kami berkongsi pengalaman ketika melaksanakan tugasan di module 1. diikuti dengan aktiviti berkumpulan yang melibatkan Questioning, Absorving, Experimenting, Associate dan Networking, Para peserta dibenarkan pulang pada petang tersebut .
Aktiviti ini diteruskan hingga ke hari ke-4 yang diadakan di Dewan Cyber, Pusat Komputer. Di sini peserta membentangkan satu projek yang akan diwujudkan di monitoring dan ditakbir urus oleh FKM sendiri. Sesi ini berakhir jam 6.30 petang dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Naib Canselor UTeM.
|
Tugasan Projek FKM |
|
PERiNTiS |
|
Calculation |
|
Rilek la Kit Kat kan ada.... |
Catat Ulasan