Salam Takziah

 
Seluruh warga FKM mengucapkan salam takziah kepada Mohd Hisham bin Ondar (Juruteknik) di atas kehilangan bapa kandung pada jam kurang lebih 2.40 pagi 14 Jun 2013 akibat sakit tua.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sehubungan dengan itu, Admin selaku wakil dari AJK KeSURI akan melancarkan tabung sumbangan yang bertujuan untuk membantu keluarga dengan sumbangan yang manafaat kepada waris dan sedikit sumbangan untuk menguruskan jenazah.

Sesiapa yang bermurah hati ingin menyumbang, tabung sumbangan ini akan diletakkan di Kaunter Pejabat pentadbiran.

Salam Takziah


Salam takziah di ucapkan kepada Encik Masjuru bin Musa @ Othman (Pensyarah Cuti Belajar) di atas kehilangan bapa kandung pada 15 Mei 2013. Semoga roh Alllah yarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al fatihah...

Salam Takziah

Al Fatihah...

Salam takziah diucapkan kepada Encik Mahader bin Muhamad (juruteknik) di atas kehilangan ibu tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Mac 2013.

Bersama kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa di syurga. In Shaa Allah.

Salam Takziah


Sungguh sakit sekali rasanya kehilangan orang terdekat kita. Menjadi hal yang wajar di tengah masyarakat saat kepergian orang yang kita cintai dan sayangi kita menangis teresak-esak. Namun apakah kita sedar, bahawa yang meninggal itu jauh lebih sedikit daripada yang ditinggal? Sedarkah kita bahawa kita nanti akan mengalami hal demikian? Apa amal kebaikan utama yang kita persiapkan untuk menolong kita dari siksa setelah kematian?

Ibu bapa yang kehilangan anak yang dikasihi disyari'atkan kepada mereka ialah bersabar sambil mengaharapkan pahala dari Allah SWT. Allah berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi: "Tidak ada balasan di sisiKu bagi hambaKu yang beriman, ketika Aku Mengambil buah hatinya dari kalangan penduduk dunia lalu dia mengharapkan pahala dariKu, melainkan Syurga (HR Al-Bukhari)

Bagi pihak warga FKM, admin merakamkan ucapan takzaiah buat keluarga Encik Hamzah bin Mat Dom di atas kepergian bayi yang baru dilahirkan  pada 16 Disember 2012 dan tetaplah bersabar menerima ujian Allah SWT.

Marilah kita memanjatkan doa moga ruh anak tersebut dicucuri rahmat dan di tempatkan di Syurga. Al-Fatihah.

Kematian tidak dapat ditolak seperti kehidupan permainan dunia yang dapat kita terima atau tolak. Mahu atau tidak kematian pasti terjadi, kita tidak dapat lari atau bersembunyi untuk menhindari kematian. Allah telah menjelaskan di dalam surah Al-Jummah ayat 8 :


" Katakan (wahai Muhammad), Sebenarnya maut yang kamu melarikan diridaripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."