Sape kate
budak kecik dah sunat mahupun belum tak boleh satu saf dengan lelaki dewasa?
Sape Kate?
Sape Kate?
Seriusly aku nk hempuk je kepala sesape yg cakap tak boleh. Alasan najis la, putus saf la dan sebagainya.
Nah baca benda yg aku Copy N Paste
Beberapa lama telah berlalu, sayangnya saya melihat corak pemikiran
orang-orang Islam di negara ini masih sama. Suka bertaklid buta tanpa usul
periksa. Mereka menghukum tanpa ilmu. Hasilnya, beberapa kali anak saya yang
sudah mumaiyiz dan berkhatan dihalang dari solat di saff dewasa, di suruh ke
saff belakang. Anak saya memprotes, wajahnya mencuka.
Sepatutnya, jika anak saya sampai dahulu ke surau atau masjid, maka
layaklah dia solat di saff utama, kenapa harus ke belakang pula. Lalu
kadang-kadang, terfikir oleh saya bahawa anak kecil saya lebih memahami
keutamaan mendapatkan pahala di saff utama, sebab itu mereka datang awal.
Sedang ‘si dewasa’ merasakan mereka pandai, datang lambat tetapi mahu duduk di
hadapan!
Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.
Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)
Walaubagaimanapun, dalam keadan ramai makmun atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no. 432):
Sudah tiba masanya masyarakat untuk berubah dan kembali kepada petunjuk hadis terutama sekali pihak pengurusan masjid. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, gangguan yang berlaku di masjid pada ketika sembahyang Jumaat. Kanak-kanak yang berada sesama mereka mengambil kesempatan untuk berbual-bual sehingga menyebabkan suasana khutbah Jumaat hingar-bingar. Apa yang menyedihkan lagi dan membimbangkan ialah dalam suasana yang tidak terkawal itu ada yang tidak bersembahyang langsung.
Kesimpulannya, dengan meletakkan kanak-kanak di dalam saf iaitu bapa berada bersama-bersama dengannya anaknya, maka anak berada di bawah jagaannya dan keadaan akan terkawal. Selain itu, secara tidak langsung akan mendidik anak-anak cara-cara hidup bermasyarakat kerana dapat berinteraksi dengan semua lapisan umur.
Harap masyarakat kita kan berubah menjadi lebih baik.
Saya pernah berjidal dengan beberapa kerat manusia, perihal status
kedudukan dan saff anak-anak kecil, khususnya yang sudah mumaiyiz tetapi belum
berkhatan saat mereka hadir untuk solat berjamaah di surau atau masjid.
Rakan berjidal ini telah memberikan alasan yang pelbagai. Misalnya,
itulah yang ‘ustaz-ustaz’ mereka beri tahu selama ini, kononnya itulah ‘uruf’
di negara kita dalam kedudukan anak-anak sewaktu solat berjamaah dan memang
itulah caranya…hujah naqalnya mana?
Saya hanya minta mereka mengemukakan satu hujah…sama ada daripada
al-Quran atau al-Hadis. Bahkan jika boleh, kemukakan pandangan ulamak bahawa
kanak-kanak dihalang solat sama saff dengan orang dewasa. Tapi mereka tak mampu
memberinya!
Lalu saya nyatakan, di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari bahawa Anas bin Malik r.a menyatakan, beliau pernah solat BERSAMA
seorang kanak-kanak dalam satu saff dan di belakang mereka ibunya Ummu Sulaim,
saat itu mereka berimamkan Rasulullah SAW. Jika benar kanak-kanak kecil tidak
boleh solat bersekali orang dewasa di dalam satu saff, kenapakah nabi tidak
menyuruh kanak-kanak itu berundur ke belakang?
Tapi, ada orang berkata, kanak-kanak yang belum berkhatan membawa najis.
Saya berkata, semua orang membawa najis…dalam perut kita, dalam usus besar
kita, ada najis. Mereka berhujah, itu najis dalam badan…lain. Saya berhujah
pula, jika begitu, jika kamu kena bisul, kemudian pecah dan bernanah, kamu
bebat atau balut dengan kain, kamu solat sebelah saya, maka tak sahkah solat
saya? Samalah halnya dengan kulup anak-anak lelaki, najis itu di dalam
kulupnya, bukan diluar yang terus mengenai tubuh-badan kita. Dan adakah benar
ada najis, sudahkah kita memeriksanya, sama ada kanak-kanak itu sudah berkhatan,
atau jika belum berkhatan, tetapi dia sangat menjaga kebersihan
kemaluannya.
Bahkan, lebih menarik, jika seorang muallaf masuk Islam dan solat
sebelah kita, dia belum berkhatan, adakah muallaf itu juga tidak layak solat
bersama kita dalam satu saff, dia hanya layak solat di belakang dan jika dia
solat juga sebelah kita, maka batal solat kita atau putus saff dibuatnya…?
Mereka masih berhujah, kononnya pemisahan saff kerana anak-anak kecil
suka bermain, jadi bila dikumpulkan dalam satu saff kanak-kanak, lagi mudah
dipantau. Pelik, alasan yang sengaja direka tanpa fakta. Faktanya bagi saya,
anak-anak lebih mudah dikawal jika solat bersama-sama bapanya. Jika mereka
bermain, memang ‘nak kena’. Tapi jika dah solat sesama sendiri di belakang
mata…faham-faham sahajalah.
Lalu saya bertanya mereka lagi, andai kamu bawa anak-anak kamu ke
Masjidil Haram di Mekah (sememangnya di Mekah ia berbeza dengan masjid-masjid
biasa) atau ke Masjid Nabawi di Madinah, adakah di sana kamu pisahkan anak-anak
dengan diri kamu waktu solat..adakah ada papan tanda menegah kanak-kanak solat
dalam satu saff dengan orang dewasa?
Mereka terpinga-pinga…kerana jawapannya memang tak ada, saya
ulangi…TIDAK ADA! Wallahua’lam.
Tambahan 1
Hadis satu
Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput
Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah
s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: “Bangunlah, saya akan
mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang
berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan
air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan
nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua
rakaat.”
(H.R. Bukhari)
Hadis dua
Daripada Ibn Abbas katanya: “Saya datang dengan menunggang keldai
betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w.
sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di
hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput.
Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya.
(H.R. Bukhari)
Penjelasan
Bab:
Wuduk kanak-kanak, bilakah mereka wajib mandi dan bersuci, kehadiran mereka
untuk sembahyang berjemaah, sembahyang hari raya dan jenazah dan bagaimana
saf-saf mereka.
Daripada riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh al-Bukhari dalam bab ini tidak didapati ada saf yang khusus untuk kanak-kanak. Ini bererti Imam al-Bukhari berpendapat kanak-kanak tidak perlu diasingkan daripada saf orang dewasa.
Rasulullah s.a.w. membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.
Begitu juga dalam hadis yang kedua, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.
Hadis yang pertama itu juga diriwayatkan al-Tirmizi (nombor 234) dan beliau memberikan ulasannya:

“Abu Isa
(al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di
sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan,
maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di
belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki
berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak
dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini
tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak
yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim
itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga
menempatkannya di kanannya (Anas).”
Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.
Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)
Walaubagaimanapun, dalam keadan ramai makmun atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (no. 432):
“Luruskanlah
dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak
bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang
mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka.”
Sudah tiba masanya masyarakat untuk berubah dan kembali kepada petunjuk hadis terutama sekali pihak pengurusan masjid. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, gangguan yang berlaku di masjid pada ketika sembahyang Jumaat. Kanak-kanak yang berada sesama mereka mengambil kesempatan untuk berbual-bual sehingga menyebabkan suasana khutbah Jumaat hingar-bingar. Apa yang menyedihkan lagi dan membimbangkan ialah dalam suasana yang tidak terkawal itu ada yang tidak bersembahyang langsung.
Kesimpulannya, dengan meletakkan kanak-kanak di dalam saf iaitu bapa berada bersama-bersama dengannya anaknya, maka anak berada di bawah jagaannya dan keadaan akan terkawal. Selain itu, secara tidak langsung akan mendidik anak-anak cara-cara hidup bermasyarakat kerana dapat berinteraksi dengan semua lapisan umur.
Harap masyarakat kita kan berubah menjadi lebih baik.
http://scootlife233.blogspot.com
Label: Agama
Catat Ulasan