Aktiviti ini adalah satu cetusan idea yang menarik dari Y. Bhg. Dekan yang sedikit sebanyak membantu merapatkan lagi ukhwah dikalangan staf pentadbiran. Ia merupakan aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat disamping memperingatkan tentang apa sahaja yang akan membantu meningkatkan ilmu serta kerjaya dikalangan staf pentadbiran.
Aktiviti ini diadakan pada setiap Jumaat jam 8.00 pagi yang diperuntukkan kurang lebih 5 minit untuk setiap sesi, ianya disampaikan secara giliran dikalangan staf pentadbiran. Penyampai diberi peluang untuk menyampaikan segala tazkirah mengenai Agama, Hadis, Amalan-amalan terpuji, amalan harian dan sebagainya untuk dikongsikan.
Admin akan sedaya upaya mengemaskini dan memuatnaik salinan tazkirah tersebut untuk dikongsikan bersama. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak menambahkan ilmu dan meningkatkan amalan diri kita bersama.
"Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah (hartayang diwakafkan), ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya." (HR Muslim).
Label: Santapan Rohani
Catat Ulasan