PERiNTiS merupakan satu program yang santai  ke arah transformasi dimana setiap peserta akan merasai dan mengharungi segala aktiviti yang dirancang yang akan memberikan satu pengalaman yang cukup beharga.


Program ini adalah cetusan idea Naib Canselor UTeM iaitu YBhg. Prof. Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan. Ianya merupakan kesinambungan kepada Program Intergrasi Insan Terbilang (PINTAR) yang dilaksanakan secara menyeluruh kepada warga UTeM pada tahun lalu.

Program ini bertujuan untuk melahirkan warga UTeM yang bersahsiah murni dan Profesional. Selain itu, ianya juga akan menjadikan seluruh warga berfikiran strategik berinovasi dan menjana kreativiti dalam menterjemahkan perancangan university. Antara tujuan lain program ini ialah menggalakkan staf untuk mengamalkan gerak kerja yang berinovatif untuk mencapai keunikan dan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang perkhidmatan.


Program PERiNTiS  ini akan dijalankan selama 4 hari dengan menerapkan 5 nilai teras kepada seluruh peserta iaitu rajin, gigih, kerjasama, integriti dan usaha luar biasa sepanjang program berlangsung.


Di dalam program ini peserta akan mengalami dan menyesuaikan diri dengan kehidupan luar yang akan memberikan pengalaman 'berkamping' atau kemahiran hidup.  Peserta akan dibekalkan dengan sebuah khemah yang akan menempatkan 4 peserta dalam sesebuah khemah dengan beberapa kelengkapan lain seperti sleeping bed, plastic alas lantai khemah (bagi digunakan sekiranya hujan) dan Alas tidur bagi setiap orang.

Bermalam di dalam khemah pasti akan mengamit kenangan zaman persekolahan (kepada yang pernah menyertai perkhemahan pasukan beruniform) serta beberapa aktiviti Survival (kemahiran hidup) yang lain.  Selain Khemah 'Camping' peserta juga boleh bermalam dikhemah terbuka yang turut disediakan oleh penganjur.

Suka diingatkan bahawa peserta digalakkan membawa pakaian yang lengkap dan bersesuaian dengan aktiviti serta peralatan kebersihan diri seperti tuala, sabun, berus gigi atau sebagainya untuk kegunaan sendiri kerana ianya tidak disediakan.

Peserta program ini juga akan berdepan dengan cabaran yang akan menguji tahap kecerdasan, keyakinan dan kerjasama berpasukan didalam Module 1 : Kecemerlangan Gerak Kerja Berpasukan iaitu Eco-Escapade. Module ini akan dibahagikan kepada 6 task iaitu High Element Absailing/ Flaying Fox, Treasure Hunt, Search & Rescue, Broken Bridge, management Game, High Element wall Climbing dan setiap pasukan harus melakukan segala rintangan ini.



Dipertengahan aktiviti ini, setiap kumpulan akan memasak dengan keperluan yang terhad dalam Survival "X" untuk penyediaan makanan tengahari. Selain itu, peserta akan diajar teknik solat dalam keadaan darurat seperti lokasi solat, pakaian solat dan teknik mengambil wudhu.

Pada hari terakhir program, peserta diwajibkan berpakaian kemas kerana segala aktiviti pada hari tersebut akan diadakan di dalam Dewan Cyber, Pusat computer.

Peserta program digalakkan membawa sendiri atau berkongsi kereta bagi memudahkan pergerakan. Namun sewaktu program berlangsung para peserta tidak sekali-kali dibenarkan untuk ke kereta masing-masing tanpa kebenaran pihak urus setia.