Artikel dari : Mohd zakaria bin Mohammad Nasir
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetepi menolak dengan berkata " Aku takut kepada Allah"
- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai)
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Sumber : Amar Sufi
Subhanallah. Semoga kita diberi keammpunan dan rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga kita terus diberi hidayah dan redhaNya serta menjalani hidup dengan penuh keimanan dan kebaikan. Menambahrasa cinta kepada Allah dan Rasul S.A.W. Amin
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tujan berfirman mafhumnya " Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini:' Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya. "Kepnyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & KeagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal hidup (tidak Mati).
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih berupa Padang Mashar (umpama Padang Arafah) yang rata (tidak berbukit atau bulat seperti bumi).
- Sekelian manusia hidup melalui benih Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hin. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang beterbangan dengan bunyi separti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri kerana setiap manuasia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dasyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dasyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda (sehingga dirasakan seolah-olah matahari berada sejengkal di atas kepala). Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari kiamat, nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau akan hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung kepada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat dimunum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya mereka tidak akan haus selama-lamanya. kolam ini berbentuk segi empat tepat (sebesar satu bulan perjalanan). Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetepi menolak dengan berkata " Aku takut kepada Allah"
- Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai)
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di Padang Masyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa-apa melaiknkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "Pergilah berjumpa dengan para nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertam sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan kepada Allah S.W.T. Maka kumpulan besar itu kemudian berjumpa Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam A.S.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah S.A.W. Jarak masa antara satu nabi dengan nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah Baginda Nabi Muhammad S.A.W. kehadrat Allah S.W.T. lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelahlah Langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (Besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) saambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.
- Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (Bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa di pikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ianya dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak dihadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz Kursi ini lebih kecil dari Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasda mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu beterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazah/ raqib & 'Atid/ Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab
- Perkara pertama yang diminta ialah iman dan Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat
- Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. di Akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mashar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam Syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari Neraka
- Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam Neraka.
- Setelah berjaya dihisab, Manusia akan mula berjalan menuju Syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustakim ialah jambatan (titian) yang terbentang di bawahnya Neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah 7 dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang muknin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
- Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Sumber : Amar Sufi
Subhanallah. Semoga kita diberi keammpunan dan rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga kita terus diberi hidayah dan redhaNya serta menjalani hidup dengan penuh keimanan dan kebaikan. Menambahrasa cinta kepada Allah dan Rasul S.A.W. Amin
Label: Agama
Catat Ulasan