Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saiantis muda yang tekun dalam kajian fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang yang aktif di pusat tersebut.

Pusat Islam Kyiv

Selepas imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz sahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan peristiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukkannya ke dalam Islam ialah hasil kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya masuk Islam.


Dimitry mula menerangkan bahawa dia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics di bawah kelolaan Prof. Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu.

Akan tetapi Dimitry mengetahui riwayat dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Demitri berasa yakin bahawa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1400 tahun yang lalu hanya mungkin Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukakan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sample berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakan dengan medan megnat yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan megnet kemudiannya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dimanakan "electo-magno-Dynamic Phenomenon". Gerak ini pada asasnya menjadi aktiviti perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini. daya matahari merupakan "kekuatan penggerak" yang melahirkan medan megnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumu ini samaada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga ke arah manakah kedudukan tersebut.

Telah didapati bahawa kutub megnet bumi sehingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak melebihi dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub megnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini bererti dengan pengaruh daya megnet tersebut mengakibatkan du akutub megnet bergantian tempat. Ertinya bahawa "gerak" perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.

Ilmu pengetahuan dan meklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan ujikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.

Ia mendapati meklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasullullah SAW bersabda, " Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya,  apabila ia telah terbit dari Barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim dariAbu Hurairah. dan riwayat Ahmad, Abu dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan etrjadi selama satu hari sahaja, kemudian tertutuplah pintu taubat. setelah itu, gerakan matahari pun kembali seperti sebelumnya (terbit dari Timur) sehingga terjadinya Kiamat. saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti artikel di bawah.