"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!."
Rasululullah SAW bersabda : " Temuilah malam Lailatul Qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan ramadan."
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal ramadan jatuh pada hari :
1. Ahad atau Rabu - malam Lailatul Qadar
dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan
2. Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka
berlaku pada malam 21 Ramadan.
3. Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar
dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.
4. Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka
berlaku pada malam 25 Ramadan.
5. Sabtu - malam Lailatul Qadar dijangka
berlaku pada malam 23 Ramadan.
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam-malam ini sahaja. Carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam Lailatul Qadar ialah :
I. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
II. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
III. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu,
dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak
secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan. Mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun.
Sumber : myibrah.com
Label: Agama
Catat Ulasan