1. Mandi (الاغتسال):
Ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata : "3 perkara yang menjadi sunnah pada hari raya : berjalan kaki (ke tempat Solat), mandi dan mekan sebelum keluar (hari raya Aidilfitri).
2. Makan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke rempat solat peda hari raya Aidilfitri sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata : "Rasulullah SAW tidak akan keluar pada pagi hari raya Aidilfitri sehinggalah dia memakan beberapa tamar dan Beliau akan makan bilangan ganjil."
3. Bertakbir pada hari raya (التكبير يوم العيد ): Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari raya Aidilfitri dan Hari Raya Aiduladha akan sedaya upaya melakukan takbir sehingga tiba ke tempat solat, kemudian ia akan meneruskan sehingga imam tiba.
4. Mengucap tahniah (التهنئة): Orang islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik di hari raya, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun. Misalnya mereka boleh mengucapkan :
" Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Hari Raya Mubarak"
5. Memakai pakaian yang baik/cantik untuk hari raya. Dari Jabir ra berkata: " Nabi SAW mempunyai jubah yang Beliau akan memakainya pada Hari Raya dan hari Jumaat."
Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari raya, jadi kaum lelaki haruslah memakai baju yang baik yang meraka miliki apabila keluar untuk hari raya.
6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat: Dari Jabir ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW menukar jalannya pada hari raya. (riwayat Al-Bukhari)

تقبل
الله منا ومنكم أو عيد مبارك

Label: Agama
Catat Ulasan