Tinggal Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. petikan akhbar Utusan Online menyatakan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan ialah pada petang Khamis (19 Julai 2012). Majlis raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Pengisytiharan permulaan puasa akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut.
Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini bersama-samalah kita bermaafan dan ambillah kesempatan ini untuk beramal kerana pada bulan ini setiap kebaikan akan digandakan Allah S.W.T.
Solat Terawih (juga disebut Qiyamu Ramadan) adalah amalan yang sangat dituntut di Bulan Ramadhan bagi Lelaki mahupun perempuan yang beragama islam. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat terawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati.
Abu Hurairah berkata : "Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan solat terawikh sekalipun beliau tidak mewajibkannya." Rasulullah S.A.W bersabda " Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau."
Aisyah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W. mengerjakan solat terawih di masjid. kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutinya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakan lagi di masjid, sahabat-sahabat datang pun semakin ramai. Pada malam ke-3 sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah S.A.w. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka : "Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu." Dan peristiwa itu terjadi dalam bulan ramadhan.

Label: Agama
Catat Ulasan