Puasa ramadan adalah ibadah yang difardhukan Allah S.W.T. Maksud ibadah ialah seseorang muslim melaksanakannya sebagai memenuhi titah perintah Allah S.W.T. dan menunaikan hak perhambaan kepada Allah S.W.T. tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah puasa itu.

Setiap Hukum-hukum Allah S.W.T. semuanya mempunyai hikmah, rahsia dan faedah kepada hamba-hambaNya. Hikmah dan faedah ibadah puasa cukup banyak yang sebahagiannya diketahui oleh hambaNya, tetapi masih banyak hikmah yang masih belum diketahui. Diantara hikmat dan faedah puasa yang mungkin diketahui oleh seseorang islam ialah :
  • Menyedarkan hati seorang mukmin terhadap muraqabah Allah S.W.T. Ini disebabkan apabila orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian waktu siangnya dengan berlapar, jiwanya inginkan makanan dan minuman. Tetapi kesedarannya tentang ibadah puasa yang sedang dilakukannya menghalang dirinya memenuhi kehendak jiwanya dalam rangka mematuhi perintah Allah S.W.T. daripada pertentangan jiwa ini akan lahirlah kesedaran hati dan suburlah perasaan muraqabah Allah S.W.T. serta berterusanlah ingatannya terhadap rubuubiyah dan keagungan kekuasaan Allah S.W.T. Begitu juga dia akan sentiasa tunduk kepada hukum Allah S.W.T. dan mematuhi kehendakNya.

  • Ramadan adalah bulan suci jika dibandingkan dengan semua bulan yang lain. Allah S.W.T. menghendaki hambanya supaya memenuhkannya dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya. Juga mengisinya dengan setinggi-tinggi makna perhambaan kepada Allah S.W.T. Alangkah sukarnya untuk merealisasikan perkara itu apabila berhadapan dengan hidangan makanan, berada di majlis minum, selepas perut diisi penuh dan setelah naiknya hawa makanan ke dalam pemikiran otak. Jadi pengsyariatan puasa pada bulan ini adalah jalan yang paling mudah untuk memenuhi hak Allah S.W.T. dan melaksanakan kewajipan perhambaan kepadaNya.

  • Sesungguhnyab kehidupan seseorang muslim yang sentiasa berada dalam keadaan kenyang pasti akan memenuhkan jiwanya dengan sifat-sifat keras dan menyuburkan faktor-faktor pelampauan. Kedua-dua perkara ini bertentangan dengan keadaan sebenar seseorang muslim. Jadi pengsyariatan puasa akan membersihkan jiwanya dan menghaluskan perasaannya.

  • Di antara prinsip terpenting tertegaknya masyarakat islam ialah saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama umat islam. Amat sukar bagi si kaya untuk mengasihi si miskin dengan kasih sayang sebenar tanpa merasai kesakitan, kepayahan, kepahitan, kelaparan dan penderitaan kemiskinan. Bulan ramadan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si kaya mengenai perasaan si fakir. Ini menjadikan hidup bersama si fakir di alam kepedihan dan dihalang daripada memiliki makanan. Dari sini puasa adalah sebaik-baik perkara yang akan menimbulkan faktor-faktor kasih sayang, rahmat dan kasihan di dalam jiwa si kaya. 

Berikut adalah ganjaran berpuasa berdasarkan beberapa hadis :

 

Dipetik dari : Edisi Khas Ramadhan 1433H