Keputusan Penuh SAJ 2012

Sabtu lepas telah berlangsungnya kejohanan Sepak takraw SAJ 2012 yang merupakan pelengkap bagi Kejohanan Sukan Antara Jabatan (SAJ) 2012. Fakuti telah membuat beberapa kejutan dalan kejohanan tersebut.

Kita telah memperolehi Emas bagi acara Dart Campuran, Ping pong Campuran dan Tenis campuran. Manakala Pingat perak bagi acara Badminton campuran dan pingat gangsa bagi acara Bola tampar wanita, Sepak takraw, Boling Padang Campuran dan Catur Campuran. Bagi Acara Futsal kita mendapat tempat ke-4 manakala lain lain acara kita telah dikecewakan dalam kumpulan.

Berikut disertakan keputusan penuh bagi kejohanan tersebut :

Rekod Kemajuan

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2012, tinggal beberapa jam untuk  kita berada pada tahun 2013.

Mesti setiap orang telah memasang azam tahun baru, admin juga salah seorang yang menanam azam baru dan berharap ianya akan tercapai. Jangan berazam terlalu banyak supaya tidak menjadi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pastikan azam yang dibuat boleh dicapai dan bukannya satu impian /angan-angan kosong.

Sebagai contoh "tahun depan aku nak jadi kaya". Kaya apa? kaya roti? kaya budi bahasa? kaya duit? Seharusnya berazam sebegini, "tahun depan aku ingin memiliki rumah atau income rm 10 000 sebulan". Bagaimana untuk mencapainya ? apakah langkah -langkah yang perlu dibuat?

beberapa perancangan perlu dibuat misalnya berapa banyak perlu disimpan untuk bayaran 'duit muka' untuk membeli rumah. Bagaimana untuk dapatkan income beribu-ribu? Tanpa usaha pastinya impian atau azam tidak akan tercapai.

Hari terakhir ini kita perlu muhasabah diri bagi melihat kembali rekod kemajuan sepanjang tahun 2012. Seperti zaman sekolah yang setiap pelajar pasti memilikinya. Di situ tercatat peratusan yang diperolehi bagi setiap mata pelajaran atau kelakuan sepanjang tahun. Kita perlu melihat apakah pencapaian kita tahun ini. Adakah positif atau sebaliknya.

Tazkirah & Jamuan Perpisahan

Tamat sudah majlis tazkirah dan Jamuan perpisahan yang diadakan sempena staf yang telah meletakkan jawatan sebagai staf UTeM iaitu Encik Mohd Irwan bin Mohd Azmi.

Majlis ini dimulai dengan bacaan doa diikuti tazkirah dari pengerusi KeSURI iaitu Encik Reduan bin Mat Dan. Di dalam tazkirah, beliau menerangkan tentang kepentingan berdakwah dalam menyebarkan ajaran islam. Seperti para sahabat Rasulullah SAW yang telah menyebarkan ajaran islam hingga ke seluruh pelusuk dunia.

Bacaan Doa Makan memulakan majlis

Penceramah Encik Reduan
 

Jemputan Majlis Aqiqah

Tuan/Puan yang mempunyai kelapangan masa dijemput untuk meraikan Majlis kenduri aqiqah anak perempuan Dr Azman pada ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Disember 2012 (Ahad)
Masa : 4.00 petang
Tempat : No. 1jalan BKD 16, Taman Bukit Katil Damai 2, 75450 Bukit Katil, Melaka


Semoga kehadiran tuan dapat memeriahkan lagi majlis disamping mengembirakan tuan rumah.

Aqiqah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yangbaru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Perbezaan antara Aqiqah dan Qurban

Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan Qurban.

1.   Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada selepas selesai solat dan khutbah Aidiladha sehingga 13 Zulhijjah.

2.   Daging aqiqah boleh diberi kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

3.   Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.

4.   Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, manakala daging aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Rekreasi bersama NC

Bergambar di depan banner
Semalam telah berlangsungnya Program Rekreasi bersama Naib Canselor  UTeM (RNC) 2012 yang melibatkan FKM, FTK dan pejabat Keselamatan Kampus Industri.

Antara staf UTeM

Mulanya ramai menyangka program tersebut akan dibatalkan berikutan hujan lebat yang bermula  lebih kurang jam 4.30 petang. Namun ianya reda dan berhenti jam 5.30 petang, itu bemakna program tersebut boleh berjalan seperti yang dirancang.

Durian Crepes

Sudahkah anda merasai durian Crepe? Apakah rasanya? Crepe ini adalah resepi baru yang diperkenalkan, lebih-lebih lagi sekarang sedang musim durian.


Nak dijadikan cerita, pagi tadi seorang sahabat admin telah mempelawa untuk merasai durian crepe. Pelawaan itu tidak disia-siakan kerana selama ini admin hanya mendengar sahaja tentang keenakan durian crepe ini. Terima kasih Encik Azhar bin Ab Aziz.

Lawak

 
Dikongsikan Klip video dari Maharajalawak Mega 2012 untuk menceriakan hari anda di saat strees dengan kerja.
 

Shiro

Jambu
 
Untuk undian
 
SMS taip ML <jarak> _ _ _ _ _ atau ML <3/5/10> <Jarak> _ _ _ _ _ untuk (3/5/10 undian) ke 32888.
 
Contoh ML10 _ _ _ _ _ke 32888. untuk 20 undian taip ML20<jarak> _ _ _ _ _ ke 32888
 


Salam Takziah


Sungguh sakit sekali rasanya kehilangan orang terdekat kita. Menjadi hal yang wajar di tengah masyarakat saat kepergian orang yang kita cintai dan sayangi kita menangis teresak-esak. Namun apakah kita sedar, bahawa yang meninggal itu jauh lebih sedikit daripada yang ditinggal? Sedarkah kita bahawa kita nanti akan mengalami hal demikian? Apa amal kebaikan utama yang kita persiapkan untuk menolong kita dari siksa setelah kematian?

Ibu bapa yang kehilangan anak yang dikasihi disyari'atkan kepada mereka ialah bersabar sambil mengaharapkan pahala dari Allah SWT. Allah berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi: "Tidak ada balasan di sisiKu bagi hambaKu yang beriman, ketika Aku Mengambil buah hatinya dari kalangan penduduk dunia lalu dia mengharapkan pahala dariKu, melainkan Syurga (HR Al-Bukhari)

Bagi pihak warga FKM, admin merakamkan ucapan takzaiah buat keluarga Encik Hamzah bin Mat Dom di atas kepergian bayi yang baru dilahirkan  pada 16 Disember 2012 dan tetaplah bersabar menerima ujian Allah SWT.

Marilah kita memanjatkan doa moga ruh anak tersebut dicucuri rahmat dan di tempatkan di Syurga. Al-Fatihah.

Kematian tidak dapat ditolak seperti kehidupan permainan dunia yang dapat kita terima atau tolak. Mahu atau tidak kematian pasti terjadi, kita tidak dapat lari atau bersembunyi untuk menhindari kematian. Allah telah menjelaskan di dalam surah Al-Jummah ayat 8 :


" Katakan (wahai Muhammad), Sebenarnya maut yang kamu melarikan diridaripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."
 
 


Malaysia vs Thailand

Pasti ramai peminat bola sepak Malaysia menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung malam tadi yang berkesudahan Malaysia 0 - Thailand 2. Hancur punah harapan untuk mengekalkan kejuaraan 2 tahun lalu. Thailand ke Final dengan kedudukan aggregat 3-1.

 
Syabas diucapkan kepada pemain Malaysia yang telah menunjukkan satu peningkatan yang amat membanggakan seluruh rakyat malaysia. Kami bangga dengan kalian kerana berusaha keras untuk mengharumkan nama negara.Walaupun pasukan Thailand mempunyai skill yang tinggi serta mempunyai pemain yang bermain di kelab Eropah.

Memberi Nama


Tahniah di ucapkan kepada Mohd Kamil Anuar bin Akram @ Jummah (juruteknik) di atas kelahiran bayi lelaki pada 11 Disember 2012.

Disunatkan memberi nama-mana yang elok dan baik kerana Raulullah SAW bersabda: "Sesungguhn ya kamu sekalian akan diseru/dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama ibu bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu." (HR Imam Abu daud dari Abu Dardak RA)

Pelihara Janggut


Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki iru kelihatan lebih 'tulen'. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seseorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :-
  • Menampakkan kelakian
  • kelihatan lebih macho
  • Lebih  hensem dan berkarisma
  • Nampak soleh
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • 'Lebih diminati wanita'
  • Mempunyai manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal pemimpin terdahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu diambil berat malah seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat untuk berjanggut semata-mata ingin megamalkan sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW.

Bapa

Tahniah diucapkan kepada Staf berikut di atas kelahiran bayi mereka :

Nama : Ir. Dr. Tan Chee Fai
Bayi : Lelaki
Tarikh : 2 Disember 2012

Nama : Dr. Tee Boon Tuan
Bayi : Lelaki
Tarikh : 3 Disember 2012

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi ketiga, antaranya :

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen 'penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa disampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak Sebagai Ujian

Tahniah diucapkan kepada Encik Habirafidi bin Ramli (Juruteknik) di atas kelahiran bayi perempuan pada 23 November 2012.

Anak-anak adalah anugerah dari Allah SWT dan ianya sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hamba-Nya. Firman Allah SWT :

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar," (At-Taghabun, 64:15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai anak ramai tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."

Berkata para sahabat: "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak,"

Lalu rasulullah SAW berkata: "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (maksud al hadis)