Resepi Paceri Nenas

Hari ini merupakan hari kesembilan berpuasa, bagi kaum hawa pastinya tengah memikirkan lauk untuk berbuka nanti.

Masak stim...sudah,

Masak kari...sudah,

Masak gulai...sudah,

Masak kicap...sudah,

Sweet sour...sudah

so masih memikir apakah lagi jenis masakan yang belum dibuat untuk santapan berbuka pada petang nanti.


Durian Crepes

Sudahkah anda merasai durian Crepe? Apakah rasanya? Crepe ini adalah resepi baru yang diperkenalkan, lebih-lebih lagi sekarang sedang musim durian.


Nak dijadikan cerita, pagi tadi seorang sahabat admin telah mempelawa untuk merasai durian crepe. Pelawaan itu tidak disia-siakan kerana selama ini admin hanya mendengar sahaja tentang keenakan durian crepe ini. Terima kasih Encik Azhar bin Ab Aziz.

Resepi Sempoi 4

Ikan masih lagi menjadi pilihan untuk resepi kali ini dan  masih mengekalkan proses campak-campak namun penyediaan bahan agak banyak tapi ia amat berbaloi untuk mencuba. pada kali ini dikongsikan resepi Ikan Siakap kukus.

Gambar hiasan
Bahan-bahan

1 ekor siakap (sedang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang besar (dimayang)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu gula
4 cm halia (dimayang)
3 tangkai daun sup/saderi (aksesori)
1/2 biji limau nipis
7 cili api
garam (secuk (aksesori)up rasa)

Cara-cara memasak
  • Cuci ikan dan belah 2 (jangan sampai putus). lumur garam dan gula (kurangkan jika tidak seka manis)
  • Masukkan ikan ke dalam pinggan bujur/ yang bersesuaian
  • Taburkan semua cili dan bahan yang dimayang
  • Tuangkan ketiga-tiga sos ke dalam pinggan
  • kukus sehingga masak kemudian taburkan hirisan daun sup dan perahkan limau.
  • siap untuk hidangan


Resepi Sempoi 3

Pada kali ini bukan lagi tempoyak yang akan dikongsikan tapi sejenis masakan yang biasa dimakan dengan budu. Resepi kali ini diberi nama Kuah Singgang


Bahan-bahan (3-4 orang):
  • * Ikan Tongkol
  • 3 biji Bawang Putih
  • 3 biji Bawang Merah
  • 1" Lengkuas
  • 1" Kunyit Hidup
  • 1 Asam Keping
  • 10 Cili Api
  • Garam
  • Kunyit Debu (nak kasi kuning)
  • 3 cawan air
  • Bendi (aksesori)
Cara pembuatan:
  1. Ikan tongkol disiang, dipotong dan dibersihkan
  2. Bawang Putih, Bawang Merah, lengkuas, kunyit hidup di mayang.
  3. Masukkan air, ikan, bahan yang dimayang dan asam keping ke dalam periuk. dimasak dengan api yang sedang-sedang.
  4. Setelah mendidih masukkan garam (secukup rasa), cili api dan kunyit debu.
  5. Biarkan sebentar dan siap untuk dihidangkan.
* ikan lain juga boleh digunakan seperti ikan tenggiri, ikan sardin (Selayang) dan ikan kembung.
* Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan masing-masing

p/s - Hidangkan bersama budu
Khasiat Budu
http://www.aktechpage.com/khasiat-budu

Resepi Sempoi 2

Masih mengenai tempoyak...kali ini dikongsikan resepi Sambal Tempoyak, terasa "lecur" air liur tatkala menulis resepi ini terbayangkan masakan ini.


Bahan-bahan:
  1. 100g Ikan Bilis
  2. 15 Cili api (nak tambah pun ok)
  3. 3 Sudu besar tempoyak (kasi lebih pun tak pe)
  4. 1 Asam keping
  5. 1/2  Sudu teh serbuk kunyit (kasi nampak kuning)
  6. Petai (Aksesori)
  7. 1 biji Bawang besar (Aksesori)
Cara-cara :

  1. Basuh ikan bilis
  2. Cili dikisar/ditumbuk kemudian digaulkan dengan tempoyak.
  3. Bawang dihiris nipis
  4. Masukkan 2 cawan air, ikan bilis, cili kisar + tempoyak dan asam keping ke dalam kuali dan masak dengan api yang sedang.
  5. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa
  6. Apabila hampir pekat masukkan petai,hirisan bawang besar, taburkan serbuk kunyit dan masukkan sedikit gula (nak cover pedas)
  7. Masak hingga pekat dan sedia untuk dihidang

Resepi Sempoi

Musim-musim durian ni sudah tentu banyak tempoyak yang dijual. Sebut pasal tempoyak, ia mengingatkan admin kepada masakan yang berunsurkan tempoyak. Antara masakan tempoyak yang paling famous ialah ikan patin masak tempoyak.

So admin akan berkongsikan masakan tempoyak yang sempoi (campak-campak je).

Bahan-bahan:
  1. Ikan Patin atau ikan keli (ikan apa-apa pun boleh)
  2. 10 tangkai cili api (kalu nak pedas boleh lebihkan cili)
  3. 3 sudu besar tempoyak (nak lebih pun boleh)
  4. Terung (Potong sesedap rasa)
  5. 1 Asam Keping
  6. 1 inci kunyit hidup (tak de pun tak pe)
Cara-cara:
  1. Basuh ikan sehingga bersih.*
  2. Cili api diblender bersama kunyit hidup.
  3. Gaulkan cili tadi dengan tempoyak.
  4. Masukkan 2 cawan air, ikan dan bahan tadi ke dalam periuk (masukkan sedikit serbuk kunyit untuk kasi kuning), dan masak atas dapur dengan api yang sedang-sedang saje.
  5. Bila sudah mendidih masukkan garam dan asam keping.
  6. last sekali masukkan terung, biarkan mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.

*Ikan patin dan ikan keli perlu menggunakan tepung dengan cara mengosokkan tepung pada ikan untuk buangkan "lendir" kemudian cuci sehingga bersih. Kemudian cuci sekali lagi dengan air asam jawa untuk buang hanyir. akhir sekali cuci ikan tersebut dengan air sehingga bersih.