Bergambar di depan banner
Semalam telah berlangsungnya Program Rekreasi bersama Naib Canselor  UTeM (RNC) 2012 yang melibatkan FKM, FTK dan pejabat Keselamatan Kampus Industri.

Antara staf UTeM

Mulanya ramai menyangka program tersebut akan dibatalkan berikutan hujan lebat yang bermula  lebih kurang jam 4.30 petang. Namun ianya reda dan berhenti jam 5.30 petang, itu bemakna program tersebut boleh berjalan seperti yang dirancang.


Program rekreasi tersebut bermula agak lewat berikutan menunggu ketibaan Naib Canselor (mungkin dia pikir nak batalkan kut...) Apapun Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada staf FKM yang dapat luangkan masa untuk menyertai program ini.

Bunga-bunga FKM

Semangat kesukanan yang tinggi Ditunjukkan dari staf yang terlibat (tak pasti sama ada semangat kesukanan atau memenuhi tuntutan CPD yang masih 'merah' atau kerana terpaksa). Tidak ketinggalan pengurusan tertinggi fakulti turut sama meluangkan masa untuk program ini. Kepimpinan yang baik telah ditunjukkan oleh Dekan fakulti kerana sanggup membeli kasut baru (kena lak bonus dah masuk) semata-mata untuk program ini, juga kepada En cik Md Isa yang sanggup sertai aktiviti ini dengan hanya memakai pakaian pejabat berikutan pakaian sukan beliau tertinggal di rumah.
 
Program ini dimulai dengan aktiviti memanaskan badan diikuti dengan 'power walk' menelilingi kampus industri sejauh 1.4 km (walaupun ada yang 'mengelat' dengan membuat short cut sendiri). Selesai power walk, setiap peserta melakukan aktiviti menyejukkkan badan kemudian sesi bergambar sebelum majlis bersurai pada jam 6.40 patang

Bergambar sebelum berpeluh
Aktiviti dimulai
 
Kesungguhan Peserta

Md Isa & The gang

Sebelum balik setiap peserta diberikan cendera hati.