Tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Dr. janatul Islah binti Mohammad (Staf yang dipinjamkan ke KPT) di atas kelahiran bayi lelaki pada 19 Disember 2012.
Berikut dikongsikan fakta tentang bayi yang baru lahir :
- Bayi tiada kepala lutut dan hanya akan terbentuk sehingga bayi berusia 6 bulan
- Bayi tiada air mata, mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehingglah bayi berusia 5 minggu
- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 2056 dan bayi pula 300 tulang dan kebanyakkan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar
- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir
- Bayi mempunyai deria bau yang kuat dan boleh mengenali bau badan ibunya sebaik dilahirkan
- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan
- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat yang boleh membezakan bunyian dan boleh mengenali suara serta merta semasa dilahirkan
- Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir (tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik
- Jantung bayi baru lahir berdenyut antara 120-160 degupan seminit berbanding dengupan orang dewasa iaitu 60-80 seminit
- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 18-20 nafas seminit
- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan
- Mendengarkan muzik klasik menambah kepintaran bayi
- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari
- Bayi hanya memopunyai 1 lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya
- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Label: Berita Kelahiran
Catat Ulasan