Pasti ramai peminat bola sepak Malaysia menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki yang berlangsung malam tadi yang berkesudahan Malaysia 0 - Thailand 2. Hancur punah harapan untuk mengekalkan kejuaraan 2 tahun lalu. Thailand ke Final dengan kedudukan aggregat 3-1.

 
Syabas diucapkan kepada pemain Malaysia yang telah menunjukkan satu peningkatan yang amat membanggakan seluruh rakyat malaysia. Kami bangga dengan kalian kerana berusaha keras untuk mengharumkan nama negara.Walaupun pasukan Thailand mempunyai skill yang tinggi serta mempunyai pemain yang bermain di kelab Eropah.

Terima kasih juga kepada Mohd Farizan Marlias yang sedaya upaya mempertahankan gol Malaysia, tapi akibat kekurangan pemain pertahanan menyebabkan dia gagal mengawal bola dari bolos.


Tapi ramai yang hampa dengan mutu pengadil yang dirasakan berat sebelah serta membuat keputusan yang kontroversi. Banyak komen di dalam rangkaian sosial yang mengutuk serta marah kepada Lee Min Hu (pengadil). Adakah dendam yang membuatkan lee berat sebelah?





Sekali lagi syabas kepada Pasukan malaysia