Sudahkah anda merasai durian Crepe? Apakah rasanya? Crepe ini adalah resepi baru yang diperkenalkan, lebih-lebih lagi sekarang sedang musim durian.


Nak dijadikan cerita, pagi tadi seorang sahabat admin telah mempelawa untuk merasai durian crepe. Pelawaan itu tidak disia-siakan kerana selama ini admin hanya mendengar sahaja tentang keenakan durian crepe ini. Terima kasih Encik Azhar bin Ab Aziz.

Crepe ini merupakan isi durian yang diletakkan bersama cream dan dibalut dengan 'tepung' (crepe). Rasanya agak sedap dan dimakan ketika sejuk (disejukkan dalam peti ais).

5 cm X 8 cm


Dikongsikan resepi Durian Crepe untuk cuba-cuba kat rumah :

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna kuning/hijau/merah
1 cawan Non Dairy Whipping cream (yang sudah dipukul kental)

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe (adunan tidak perlu dibalikkan)
Apabila permukaan atasnya sudah kering terus angkat dan biarkan sejuk.

Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah
Lapiskan dengan isi durian
lapiskan semula dengan whipping cream
Lipat dan simpan dalam peti ais