Tamat sudah majlis tazkirah dan Jamuan perpisahan yang diadakan sempena staf yang telah meletakkan jawatan sebagai staf UTeM iaitu Encik Mohd Irwan bin Mohd Azmi.

Majlis ini dimulai dengan bacaan doa diikuti tazkirah dari pengerusi KeSURI iaitu Encik Reduan bin Mat Dan. Di dalam tazkirah, beliau menerangkan tentang kepentingan berdakwah dalam menyebarkan ajaran islam. Seperti para sahabat Rasulullah SAW yang telah menyebarkan ajaran islam hingga ke seluruh pelusuk dunia.

Bacaan Doa Makan memulakan majlis

Penceramah Encik Reduan
 

Selain itu beliau juga mengingatkan kepada semua untuk meningkatkan keimanan dengan cara mengucapkan kalimah La ilaha illallah serta memerhatikan kejadian siang dan malam, kejadian bulan dan bintang, langit dan bumi, kejadian manusia  dan sebagainya. Apabila kita memikir dan mengkaji tiap-tiap kejadian, maka tahap keimanan kita makin bertambah. sebagai contoh kejadian siang, apa akan jadi sekiranya bumi bergerak perlahan dan waktu siang menjadi lebih panjang  24 jam siang dan 24 jam malam. Apakah kita mampu untuk menahan lapar di bulan ramadan sekiranya itu berlaku?

Firman Allah SWT di dalam surah Az-Zariat ayat 56


 
"Tidak aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku."
 
Majlis diteruskan dengan ucapan Dekan fakulti iaitu Prof. Dr. Md Razali bin Ayob sempena meraikan majlis perpisahan Encik Mohd Irwan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan perkhidmatan yang telah Encik Irwan berikan sepanjang berada di FKM dan berharap dengan adanya Encik Irwan, fakulti dapat menjalinkan kerjasama dengan majikan baru Encik Irwan. Beliau juga memohon maaf jika terdapat kesalahan dan ketegasan sepanjang menjadi Dekan (yang ditujukan kepada semua yang hadir). Encik Irwan merupakan seorang yang bersemangat, rajin, berkongsi idea dan  pendapat yang membuatkan beliau lebih bermotivasi dalam meneruskan tugas-tugas Dekan.
 
Dekan

Hadirin

Hadirin
 
Selesai memberikan ucapan Dekan diminta untuk menyerahkan cenderamata perpisahan kepada Encik Irwan diikuti dengan ucapan Encik Irwan.
 
Serahan cenderamata
 
 
Mohd Irwan
 
Di dalam ucapan, Encik Irwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekerja dan staf-staf sokongan yang telah banyak menghulurkan bantuan dan nasihat sepanjang tempoh beliau berkhidmat sejak tahun 2008. Beliau menjelaskan tiada bukan niat untuk berhenti bekerja di UTeM tapi mungkin telah ditetapkan oleh Qada' dan Qadar bahawa perkhidmatan beliau dengan UTeM tidak lama. Beliau juga berkata akan menyertai apa-apa aktiviti fakulti sekiranya dijemput terutama Family day.
 
Majlis diakhiri pada jam 12.00 tengahari dengan jamuan makan beserta pot luck yang dibawa oleh beberapa orang staf.
 
Juadah

Colourful Pot Luck

Big apple Donuts