Tahniah di ucapkan kepada Mohd Kamil Anuar bin Akram @ Jummah (juruteknik) di atas kelahiran bayi lelaki pada 11 Disember 2012.
Disunatkan memberi nama-mana yang elok dan baik kerana Raulullah SAW bersabda: "Sesungguhn ya kamu sekalian akan diseru/dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama ibu bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu." (HR Imam Abu daud dari Abu Dardak RA)
Nama yang paling baik /paling elok ialah Abdullah dan abdurrahman sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW: " Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman." (HR Imam Muslim dari Abdullah bin Umar RA)
Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW: " Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan abdurrahman. nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hamman, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah." (HR Abu Daud, An-Nasai dan lain-lain dari Abu Wahb al- Jusyami RA)
Jabir bin Abdullah RA menceritakan; "Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu "Muhammad". Lalu kaumnya berkata kepadanya; "Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW." Maka lelaki ini pun pergi menemui Rasulullah SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Rasulullah; Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku namakannya "Muhammad", lalu kaumku berkata kepadaku; " Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan mana Rasulullah SAW."
Lantas Rasulullah SAW menjawab; " Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (yakni Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang akan membehagi di antara kamu." (HR Imam Muslim)
Label: Berita Kelahiran
Catat Ulasan