Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki iru kelihatan lebih 'tulen'. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seseorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :-
- Menampakkan kelakian
- kelihatan lebih macho
- Lebih hensem dan berkarisma
- Nampak soleh
- Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
- 'Lebih diminati wanita'
- Mempunyai manfaat kesihatan
- Mencontohi fizikal pemimpin terdahulu
Antara kata-kata atau hadith Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah :-
"Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut" (HR Muslim)
"Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku." (HR Thabrani)
"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan perihalalah janggut kamu." (HR Bukhari dan Muslim)
" Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memenjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka." (HR Muslim)
Niatkan memelihara janggut kerana Sunnah Rasulullah SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.
Rahsia disebalik janggut
Dr. Jammul Azhar Milkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik dan juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, memdedahkan hasil kajian yang luar biasa mengenai khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis Massachusetts Institute of Technology, Amarika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. ia mampu menstabilkan kitaran haid selain meggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.
kata Dr Jammul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekaligus bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Firman Allah yang bermaksud : "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Enkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka perihalalah kami dar azab neraka." (Surah Ali-Imran 3:191)
Label: Info
Catat Ulasan