Muflis di Akhirat

Ramai orang takutkan muflis di dunia, oleh sebab itu ramai yang berhati-hati menguruskan kewangan peribadi agar tidak dikenakan tindakan yang boleh membawa kepada dijatuhkan status muflis oleh mahkamah. Apabila jatuh muflis di dunia, kesengsaraan amat dirasakan oleh mereka yang jatuh muflis. Segala harta-benda di dunia diletakkan di bawah jagaan Jabatan Insolvensi. Penjualan dan pindahmilik harta benda milik simuflis tidak boleh dibuat sehingga hutang-piutang dilangsaikan iaitu baki jualan hanya boleh diperolehi selepas semua hutang dengan pihak yang menuntut dibayar sepenuhnya oleh Jabatan Insolvensi. Si muflis juga tidak boleh keluar negara kecuali dengan kebenaran Jabatan Insolvensi. Semua permohonan pinjaman dengan institusi kewangan disekat melalui pengurusan berpusat Bank Negara Malaysia.



Namun begitu, tidak ramai yang takut muflis di akhirat kerana kesengsaraan sebagaimana muflis di dunia tidak dirasakan kecuali selepas mati. Sementara hanya segelintir umat manusia yang mengingati mati dalam bentuk yang sebenarnya iaitu dalam bentuk yang memberi amaran dan peringatan tentang persediaan yang telah dibuat, yang lain sekadar mengingati mati tapi tidak mengaitkan dengan persediaan yang perlu dibuat untuk menampung segala keperluan di sana. Bila seseorang mati mereka hanya ingat kesedihan keluarga simati yang ditinggalkan serta perasaan kehilangan sanak saudara,sahabat handai rakan dan taulan, itu sahaja. Apabila berada dalam keriangan nikmat dunia, manusia akan lupa kembali soal mati dan menjadi alpa dalam hal kehidupan selepas mati.
 

Jemputan Walimatul Urus

Ya Rahman Ya Rahim
Insafikan mereka berdua ini
Bahawa kejayaan perkahwinan mereka
Bukan bermula dengan kekayaan
Bukan bertapakkan kedudukan
Dan bukan bersemarak dengan pujian.
Insafi mereka Ya Allah sebagaimana
juga yang lain telah diinsafi,
Bahawa kebahagiaan perkahwinan mereka
bermula dengan tidak lupa kepadaMu
dengan sentiasa merindukan kehadiranMu
Dan dengan berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahMu
Kurniakan kepada mereka berdua
Sifat saling kukuh mengukuh sebagaimana berlakunya
Antara Rasulullah SAW dengan khadijah
Kerana sesungguhnya mereka berdua akan melalui jalan
yang tidak lekang dari diuji.
Amin.

Cara Menguruskan Uri

Tahniah diucapkan kepada Puan Noryani binti Muhammad (pensyarah) di atas kelahiran bayi perempuan pada 14 April 2013.


Kebanyakkan kita memandang berat tentang kepentingan uri kepada janin ketika dalam kandungan. Sewaktu kelahiran bayi, ibubapa serta saudara mara merasa gembira menyambutnya. Bagi suami yang perihatin mereka akan menguruskan sendiri uri atau mencari bidan untuk menguruskan uri anak mereka dengan sedikit imbuhan.

Hukum memanam uri adalah harus. Ianya harus ditanam kerana ia adalah sebahagian daripada anggota manusia. Oleh itu, ia hendaklah dihormati dengan cara membersih dan ditutup serta ditanam ke dalam tanah dengan kadar yang tidak dapat digali oleh binatang.

Rumah Seribu Cermin

Di sebuah desa kecil terdapat sebuah rumah usang yang juga dikenali dengan nama "Rumah Seribu Cermin."


Pada suatu hari seekor kucing kecil sedang berjalan-jalan di desa tersebut dan melintasi "Rumah Seribu Cermin: itu. Ia tertarik pada rumah itu dan memutuskan untuk masuk melihat apa yang ada di dalamnya.

Duit...

Di zaman meterialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa sekeping kertas yang diberi nama "duit" ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan menusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, meragut, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan seseorang itu juga diukur dengan banyaknya duitnya.


Walau bagaimanapun, duit masih tidak boleh membeli perkara berikut :

Tempahan T-Shirt Family Day

Seperti semua maklum Hari Keluarga FKM yang dianjurkan oleh KeSURI pada bulan Jun yang akan datang dan pihak penganjur telah membuat t-shirt yang didesign khas untuk program tersebut.

Harga jualan bagi t-shirt tersebut adalah RM15 sehelai, tuan/puan adalah digalakkan untuk memilikinya bagi memeriahkan program tersebut. Pihak penganjur juga turut menyediakan contoh t-shirt kanak-kanak yang ditawarkan pada kadar RM10 sehelai kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya. Untuk melihat contoh baju tuan/puan boleh berjumpa dengan Puan Siti Khatijah di Pejabat Pentadbiran FKM.

Kuliah Maghrib

Tuan/puan adalah dijemput untuk menhadiri majlis ilmu iaitu bual-bicara bersama Ustaz Shahkirit yang bertajuk Indahnya Islam pada ketetapan berikut :

Tarikh : 5 April 20123
Masa : Selepas Maghrib (tuan/puan digalakkan untuk berjemaah bersama)
Tempat : Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport, Batu Berendam



Janganlah kamu meninggalkan majlis ilmu walaupun kamu tidak berjaya meninggalkan maksiat, kerana jika seseorang meninggalkan majlis ilmu selama 3 hari maka HATINYA AKAN SAKIT dan jika terus-menerus meninggalkannya maka akhirnya HATINYA MENJADI MATI.