Seperti semua maklum Hari Keluarga FKM yang dianjurkan oleh KeSURI pada bulan Jun yang akan datang dan pihak penganjur telah membuat t-shirt yang didesign khas untuk program tersebut.

Harga jualan bagi t-shirt tersebut adalah RM15 sehelai, tuan/puan adalah digalakkan untuk memilikinya bagi memeriahkan program tersebut. Pihak penganjur juga turut menyediakan contoh t-shirt kanak-kanak yang ditawarkan pada kadar RM10 sehelai kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya. Untuk melihat contoh baju tuan/puan boleh berjumpa dengan Puan Siti Khatijah di Pejabat Pentadbiran FKM.

Untuk tempahan t-shirt tersebut tuan/puan boleh berjumpa dengan penama berikut :
  1. Puan Siti Khatijah binti Ayob @ Muhammad
  2. Puan Nor Faizah binti haminuddin
  3. Encik Aiza Azwadi bin Abdul wahab
  4. Encik Hairul Nezam bin Wahid
Suka diingatkan bahawa, yuran RM20 akan dikenakan kepada keluarga yang menyertai Program Hari Keluarga FKM 2013. Tujuan kutipan ini dibuat adalah untuk menampung perbelanjaan program.

Tempahan T-shirt dan bayaran yuran boleh dibuat mulai 4 April 2013.


Warna Tema Hari Keluarga FKM 2013

Cetakan akan dibuat di bahagian belakang t-shirt