Tahniah diucapkan kepada Puan Noryani binti Muhammad (pensyarah) di atas kelahiran bayi perempuan pada 14 April 2013.


Kebanyakkan kita memandang berat tentang kepentingan uri kepada janin ketika dalam kandungan. Sewaktu kelahiran bayi, ibubapa serta saudara mara merasa gembira menyambutnya. Bagi suami yang perihatin mereka akan menguruskan sendiri uri atau mencari bidan untuk menguruskan uri anak mereka dengan sedikit imbuhan.

Hukum memanam uri adalah harus. Ianya harus ditanam kerana ia adalah sebahagian daripada anggota manusia. Oleh itu, ia hendaklah dihormati dengan cara membersih dan ditutup serta ditanam ke dalam tanah dengan kadar yang tidak dapat digali oleh binatang.

Uri atau juga dikenali sebagai placenta dan juga disebut tembuni. Ianya merupakan teman rapat bayi semasa dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkannya menjadi busuk dan ianya perlu diuruskan dengan baik.

Cara menguruskan uri

1.   Sebelum membasuh uri, berniatlah apa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir dan yang sepatutnya.

2.   Dimulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.

3.   Cuci dengan bersih sehingga hilang darah dan jangan gunakan sabun atau shampoo.

4.   Semasa membasuh uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan berzikir. Ini adalah untuk memastikan energy anak tersebut dilindungi oleh energy positif melalui zikir kita tadi.

5.   Bilas dengan air bersih.

6.   Cuci uri dengan garam. lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

7.   Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih (untuk menghilangkan bau hanyir darah)

8.   Perahkan 4 biji limau ke atas uri sehingga naik bau (ianya bertujuan untuk mengharumkan uri).

9.   Letakkan uri yang telah siap dibersihkan kedalam kain putih (kebiasaannya orang menggunakan kain lampin bayi) dan ikat kemas-kemas (ikat seperti sup bunjut).

10.  Gali tanah sedalam yang mungkin, (agak-agak tidak dibau atau dikesan atau dikorek binatang seperti anjing atau binatang lain.

11.  Baca Bismillahirrahmanirrahim dan salawat semasa letakkan uri dan timbus.

12.  Tanam di tempat yang bersih dan selamat

13.  Latakkan tanda bagi memastikan ianya tidak digali oleh binatang