Seperti yang semua ketahui negara kita akan mengadakan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada 5 Mei 2013.
Kita selaku rakyat Malaysia yang layak mengundi perlu malaksanakan tanggungjawab bagi memilih kerajaan. Gunakan kesempatan ini untuk memilih kerajaan yang boleh memajukan negara disamping menjamin kesejahteraan rakyat.
Kepada pengundi yang berada diluar kawasan mengundi, pengorbanan anda ditagih untuk membuang undi. Pengorbanan anda dapat memberikan impak yang besar kepada masa depan semua, memang diakui ianya bukanlah satu pengorbanan yang kecil. Malah ia melibatkan beberapa kesan ke atas diri seperti kewangan, masa dan sebagainya. Ia merupakan tanggungjawab bagi setiap individu yang memegang taraf warganegara Malaysia dan PRU dibuat 5 tahun sekali.
Jadi ambillah peluang ini dan gunakannya dengan sebaiknya kerana andalah penentu masa depan negara.
Label: Lain-Lain
Catat Ulasan