Di zaman meterialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa sekeping kertas yang diberi nama "duit" ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan menusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, meragut, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan seseorang itu juga diukur dengan banyaknya duitnya.


Walau bagaimanapun, duit masih tidak boleh membeli perkara berikut :

1.   Masa - Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Oleh itu, gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya. Begitu juga tanggungjawab kepada Allah SWT, jika kita terlepas waktu solat contohnya, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta wang untuk kembali ke waktu solat itu.

 

2.   Kebahagiaan - Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, membeli laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, membeli kereta dan rumah mewah sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.


3.   Kebahagiaan anak - Untuk membeli pakaian dan makanan untuk anak memenag memerlukan duit. Tetapi anda tidak tidak boleh menggunakan duit untuk memberikan rasa man,tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang diajarkan. Duit memeng menbantu kita memenuhi aspak aspek perjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan oleh orang tuanya, bukan "duitnya".

4.   Cinta - Cinta tidak boleh dibeli dengan wang. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tetapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit tidak bertahan lama atau tidak merasa bahagia.


5.   Persahabatan - Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tidak perlukan duit. Apabila anda ingin diteriam, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda beharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan - Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan ubatan, tetapi duit tidak dapat menggantikan kesihatan yang hilang.

7.   Kejayaan - Kejayaan berasal dari kerja keras, kemahuan dan rezeki yang tertulis. Beberapa orang memeng mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Ada aspek kecil dari
usaha yang boleh didapatkan denganduit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tetapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8.   Bakat - Manusia dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan ialah mengash bakat tersebut. Namun para pakar menyatakan, untuk menjadi pakar didalam sesuatu bidang, kita perlu memerlukan bakat semulajadi.

9.   Sikap yang baik - Banyak orang kaya raya tetapi sikapnya kasar, sombong dan bercakap besar. Tidak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjuk rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10.  Kedamaian - Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tidak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.


Penpatah.blogspot