Ya Rahman Ya Rahim
Insafikan mereka berdua ini
Bahawa kejayaan perkahwinan mereka
Bukan bermula dengan kekayaan
Bukan bertapakkan kedudukan
Dan bukan bersemarak dengan pujian.
Insafi mereka Ya Allah sebagaimana
juga yang lain telah diinsafi,
Bahawa kebahagiaan perkahwinan mereka
bermula dengan tidak lupa kepadaMu
dengan sentiasa merindukan kehadiranMu
Dan dengan berkekalan mensyukuri nikmat iman anugerahMu
Kurniakan kepada mereka berdua
Sifat saling kukuh mengukuh sebagaimana berlakunya
Antara Rasulullah SAW dengan khadijah
Kerana sesungguhnya mereka berdua akan melalui jalan
yang tidak lekang dari diuji.
Amin.

Ramai sungguh para tetamu
Indah berbaju bewarna warni
Pengantin duduk tersipu malu
Namun wajah indah berseri
 
Enaklah enak Buah Belimbing
Enak dimakan di petang hari
Kalaulah melihat pengantin bersanding
Rasanya ingin berkahwin lagi


 
Tuan/puan yang mempunyai kelapangan dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Cik Nor Liana binti Salleh yang akan diadakan pada ketetapan berikut.
 
Tarikh      :      28 April 2013 (Ahad)
Tempat    :     Bilik Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala lumpur
Masa        :     12.00 Tengah hari hingga 4.00 petang
 


Semoga dengan kehadiran dan doa restu tuan/puan akan dapat menyerikan lagi majlis ini, InshaaAllah.