"Harmoni bersama.." merupakan tema bagi Hari Keluarga FKM 2013.
Harmoni bermaksud persesuaian tindakan, pendapat dan perasaan. Tema ini dipilih adalah kerana setiap individu mempunyai pelbagai karektor namun semuanya menjadi satu dalam mendidik dan membantu pelajar dalam Sebuah organisasi bernama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Taman Rekreasi Tasik Ayer Keroh menjadi lokasi Hari keluarga pada kali ini kerana penganjur inginkan suasana yang nyaman dan segar. Dengan persekitaran yang hijau ianya dapat mendamaikan disamping memberikan ketenangan. Selain itu, pelbagai kemudahan yang terdapat di lokasi juga merupakan antara faktor pemilihan lokasi ini selain ianya paling hampir dengan kediaman kebanyakkan staf FKM.
Pelbagai acara sukaneka akan dipertandingkan samaada untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Sukaneka ini bertujuan untuk memeriahkan lagi program hari keluarga. Penganjur juga berharap agar semua yang hadir dapat menyertai mana-mana aktiviti dengan sporting agar segala yang dirancang berjaya.
Mesyuarat Program Hari Keluarga FKM yang diadakan pada 26 Mac 2013 telah menetapkan bahawa setiap keluarga (berkeluarga atau bujang) yang ingin menyertai program ini akan dikenakan bayaran RM20.
Tidak lengkap rasanya Program Hari Keluarga tanpa baju tema yang direka khas untuk program ini. Oleh itu, pihak penganjur akan membuat jualan bagi sesiapa yang ingin memiliki baju tersebut pada kadar RM15 sehelai. Untuk makluman baju ini juga dibuka kepada pasangan staf yang berminat.
Untuk tempahan baju anda boleh berjumpa dengan pegawai yang akan dimaklumkan melalui e-mail.
Catat Ulasan